Khamis 22 September, Selayang Baru - Seramai 20 orang bakal haji & hajah daripada Kariah Selayang baru telah diraikan dalam satu majlis yang cukup bermakna malam tadi di Masjid At-Taqwa, Selayang Baru. Mereka semua diraikan bersempena keberangkatan ke Tanah Suci Mekah yang bermula pada 29 September 2011 yang akan datang ini.
Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan yasin dan doa selamat. Para bakal haji juga diberikan sedikit sumbangan dan cenderahati sempena keberangkatan mereka ke tanah suci.
Penyelaras Dun Taman Templer, Tn Hj Mohamad Abd Rahman bersama dengan VIP yang lain turut hadir bagi meraikan bakal haji tersebut.
Majlis diteruskan dengan solat isyak dan selepas itu majlis "Open Masjid" dijalankan di Dewan Utama Sekolah Agama Nurul Iman yang terletak bersebelahan dengan Masjid At-Taqwa. Turut hadir sama adalah Ahli Parlimen Selayang, YB William Leong. Menariknya disini ialah YB William menegaskan di dalam ucapannya yang mana orang bukan Islam sekarang sudah faham berkenaan dengan Hukum Hudud. Katanya Hukum Hudud adalah hanya untuk orang Islam dan beliau sebagai seorang yang berbangsa Cina dan beragama Kristian tiada masalah jika dilaksanakan Hukum Hudud dinegara kita ini. Selama ini orang bukan Islam telah ditakut-takutkan dan telah disembunyikan kebenaran berkenaan dengan Hukum Hudud ini.
Majlis bersurai sekitar jam 10.30 malam.

No comments:
Post a Comment