Sessi persekolahan di Selangor dan di DUN Taman Templer khususnya akan bermula secara rasmi esok. Maka akan sibuklah para ibu bapa untuk menyediakan anak-anak mereka ke alam persekolahan. Namun di dalam kesibukan tersebut pasti ada yang kesulitan dalam menyediakan keperluan anak-anak bagi kembali ke sekolah.
Bagi mengubat dan membantu kedukaan tersebut, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor di DUN Taman Templer telah menjalankan satu program Bantuan Rakyat Kembali Ke Sekolah. Ianya diadakan bertujuan bagi meringankan beban para ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk menyediakan kelengkapan anak-anak mereka untuk masuk ke sekolah. Program tersebut telah dilaksanakan pada 23 Disember 2011 yang lalu di Dewan Orang Ramai Taman Prima Selayang. Kira-kira 100 orang penerima bantuan terdiri daripada pelbagai kaum telah hadir ke program bantuan tersebut.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tn Hj Mohamad Abd Rahman, Penyelaras DUN Taman Templer. Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban para ibu bapa yang kurang berkemampuan. Akhir kata, ayuhlah kita bersama-sama terus Istiqamah bersama Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat untuk Selangor Negeri Berkebajikan.
No comments:
Post a Comment