Sepatutnya, kata beliau ia dibawa ke medan pentas akademik bukan ke mahkamah seperti mana hari ini.
Pagi tadi, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah dibebaskan pada pukul 12.15 tengah hari dengan ikat jamin RM15 ribu.
(Gambar: Mohamad bercakap kepada media selepas dibebaskan oleh mahkamah.)
Jika sabit kesalahan beliau boleh  dikenakan tahanan dua tahun penjara, didenda atau kedua-duanya sekali. 
 Kes beliau akan disebut sekali lagi pada 27 Oktober ini dan dibicarakan  pada 5 hingga 9 Disember depan di Mahkamah Sesyen di sini.
 Beliau dibela oleh Hanipa Maidin dan Amirudin Zulkiply manakala  pendakwaan  dilakukan oleh Mohamad Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusuf  dan Suhaimi  Ibrahim di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajudin.
 Turut hadir memberikan sokongan moral kepadanya ialah Timbalan   Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Khalid Man, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat,   Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan,   Kedah, Nasir Mustaffa dan ramai lagi kepimpinan PAS dari Pulau Pinang   dan Kedah.
Sementara itu, Mohamad berkata, beliau sedia dibicarakan dan yakin  kesnya akan mencapai kemenangan demi memperbetulkan fakta sejarah yang  telah diselewengkan oleh penjajah.
Umno juga ujarnya, akan kalah  untuk mempertahankan fakta yang salah sekaligus meranapkan impian  Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan pemerintahan negara ini.
"Saya  yakin seyakin-yakinnya kita boleh menang kes ini dan Umno tewas dalam  hal persejarahan Malaysia ini," tegas beliau ketika berucap ringkas di  luar mahkamah.
Katanya, Umno dan BN hanya mahu menggambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul mengenai kemerdekaan negara.
"Umno  dan BN hanya mahu mengambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul  tentang kemerdekaan dengan membelakangkan perjuangan orang lain  walaupun  mereka lebih ke hadapan menentang penjajah," katanya.
sumber: Harakahdaily
 
 
No comments:
Post a Comment