30 September 2011 - Seramai 100 orang lagi Warga Emas yg menyertai Skim Mesra Usia Emas (SMUE) telah dibawa membeli belah di Giant Batu Caves di bawah program "JOM SHOPPING 3" yang dikelolakan oleh Pusat Khidmat Masyarakt Dun Taman Templer dan Penyelaras DUN, Tn Hj Mohamad Abd Rahman. Program ini dijalankan setiap minggu sehinggalah selesai kesemua peserta yang menyertainya. Kepada para peserta SMUE yang masih belum tiba gilirannya utk bershopping diharap bersabar kerana akan tiba juga giliran anda nanti.
Friday, September 30, 2011
Thursday, September 29, 2011
Memenuhi Jemputan Ilahi ke Mekah
Selamat menunaikan Ibadah Haji diucapkan kepada seorang rakan. Semuga mendapat Haji Mabrur. Insyallah.
Wednesday, September 28, 2011
Pelajar IPTA Ini Dikatakan Bunuh & Bakar Sebelum Perkosa Seorang Gadis Di Ampang
Pelajar didakwa bunuh gadis
AMPANG JAYA - Kes pembunuhan seorang gadis yang mayatnya ditemui dibakar hampir 80 peratus di dalam semak dekat loji kumbahan di Jalan Bukit Belacan, Ampang di sini 6 September lalu memasuki episod baharu apabila seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang Jaya atas kesalahan itu semalam.
Tertuduh yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Muhammad Khairi Nor Aziz, 19, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Karimah Wan Md. Abd. Ghani. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Muhammad Khairi didakwa membunuh hingga menyebabkan kematian Nurul Awathif Mohd. Shakir, 19, di rumah bernombor B-119 Apartmen Sri Wira, Jalan Ukay Perdana 2, Taman Ukay Perdana, Ampang di antara pukul 9 malam, 4 September hingga pukul 2.15 pagi, 5 September lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nur Dinie Baharum manakala Muhammad Khairi diwakili peguam Zamani Dolmat. Wan Karimah menetapkan 8 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes. -kosmo
Berita sebelum ini
p/s: Pelajar yang terbunuh itu adalah pelajar Tuisyen Rakyat di bawah Dun Taman Templer.

Lif Selayang Mall Terhempas, Wanita Hamil Cedera
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, mangsa Norazlina Mohd. Yusoff 9gambar), 25, bersama enam lagi ahli keluarganya dan beberapa individu lain menggunakan lif tersebut untuk turun dari tingkat empat ke tingkat paling bawah.
Norazlina berkata, beliau sekeluarga masuk ke dalam lif itu dari tingkat empat kawasan parkir sebelum lif tersebut berhenti di tingkat tiga untuk mengambil penumpang yang merupakan satu keluarga dan tiba-tiba berhenti di tingkat ‘G’ (ground floor) tanpa pintu terbuka.
"Secara tiba-tiba lif tersebut naik semula ke tingkat satu sebelum terus menjunam ke tingkat paling bawah (lower ground),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Selayang.
Beliau berkata, kesemua mereka kemudiannya dikeluarkan oleh pengawal keselamatan bangunan itu dan orang ramai yang kebetulan berada di situ sebelum yang tercedera dikejarkan ke hospital tersebut.
"Ketika kejadian kira-kira 12 orang berada dalam lif termasuk keluarga saya yang terdiri dari suami, emak, nenek dan ahli keluarga lain dan ia berlaku sekelip mata...semua orang terjatuh dan keadaan menjadi huru-hara.
"Saya sendiri cuba menahan dari terjatuh bagi menyelamatkan bayi dalam kandungan dan akibatnya kaki kanan patah namun saya bersyukur bayi dalam kandungan selamat, malah anak saudara berusia 8 bulan yang dikendong suami turut selamat,” kata Norazalina, seorang kerani swasta.
Norazalina berkata, mereka menunggu kira-kira 20 minit sebelum ambulans tiba dan ahli keluarganya yang cedera ringan seperti neneknya, mendapat rawatan pesakit luar di hospital itu.
Katanya, bagaimanapun mereka yang lain tidak mengalami kecederaan. — Bernama
Sumber :- http://greenboc.blogspot.com/2011/09/lif-selayang-mall-terhempas-wanita.html
Subscribe to:
Posts (Atom)