Friday, January 6, 2012

901: Polis benar himpun, PKR jamin kerjasama

KUALA LUMPUR, 6 Jan: PKR memberi jaminan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis berhubung Himpunan 901 yang akan diadakan 9 Januari ini, tegas Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali.

(Polis dan Azmin bersetuju perhimpunan ini diadakan dengan aman...berita Astro Awani)

Beliau berkata demikian selepas sesi pertemuan dengan Ketua Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dan beberapa wakil penganjur dan pegawai tertinggi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pagi ini.

"Kita mengucapkan terima kasih atas kerjasama pihak polis yang telah membenarkan himpunan tersebut.

"Pada 9 Januari nanti kita akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis bagi memastikan himpunan tersebut berlangsung dengan amam tanpa ada sebarang provokasi yang tidak diingini," jelasnya kepada media selepas pertemuan tersebut.

Sidang media khas

Bagaimanapun ujarnya, maklumat berkaitan tempat berhimpun dan perkara teknikal lain hanya akan dinyatakan pada sidang media khas jam 3.30 petang ini di Ibu Pejabat PKR.

"Secara rasmi kita akan nyatakan pada petang ini mengenai tempat himpunan dan segala maklumat teknikal.

"Secara ringkas pihak polis membenarkan himpunan tersebut," jelasnya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, semalam menyatakan pihak berkuasa tidak akan mengharamkan perhimpunan 9 Januari depan, sebaliknya menuntut penganjur berunding dengan pihaknya berkenaan kawasan yang sesuai untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Tedahulu, turut hadir pada pertemuan tersebut adalah beberapa pimpinan PKR termasuk Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan juga Naib Presiden PKR N.Surendran yang sebelum ini dipanggil pihak polis berhubung himopunan yang akan dianjurkan itu.

Pertemuan hari ini dibuat selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyarankan agar Ketua Polis Kuala Lumpur bertemu penganjur bagi membincangkan perkara tersebut.


sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7431-901-polis-benar-himpun-pkr-jamin-kerjasama

Kajian: Melayu di S'gor yakin PAS boleh gantikan Umno

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaya mendapati lebih ramai orang Melayu di Selangor yakin PAS boleh menjaga kepentingan mereka dengan lebih baik berbanding Umno.

Daripada 447 penduduk Melayu di Selangor yang dibanci oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) itu, 37 peratus yakin dengan PAS menjadi alternatif kepada Umno.

university malaya umcedel political survey 050112 pas as alternative to umno27 peratus berpendapat sebaliknya manakala 41 peratus lagi menyatakan bahawa mereka tidak pasti.

Kajian membabitkan 795 responden itu dibuat dari 3 hingga 11 Disember lalu dan meliputi kawasan parlimen Puchong, Sepang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Selayang, Gombak, Ampang, Hulu Langat, Pandan, Subang dan Shah Alam.

Enam puluh peratus daripada responden terdiri daripada bangsa Melayu manakala Cina dan India pula masing-masing mewakili 25 dan 12 peratus responden.

Mengenai pendekatan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, 43 peratus responden percaya ia telah meningkatkan sokongan terhadap BN di Selangor, manakala 31 peratus tidak bersetuju dan 26 peratus lagi tidak pasti.

Walaupun sebahagian besar, iaitu 74 peratus responden berkata mereka telah membuat keputusan berhubung parti yang akan diundi pada pilihan raya umum ke-13, namun hampir separuh daripada mereka tidak pasti siapa akan menguasai Putrajaya.

university malaya umcedel political survey 050112 voting factor36 peratus responden menjangkakan BN akan kekal berkuasa manakala 18 peratus lagi pula percaya Pakatan akan membuat kejutan.

Responden juga kelihatan berbelah bahagi dengan faktor corak yang menentukan pengundian. 42 peratus berkata mereka akan mengundi berdasarkan calon yang diketengahkan manakala 52 peartus berkata mereka akan memilih parti yang bertanding.

Thursday, January 5, 2012

Balkoni Rumah Pula Roboh di BBS2A Malam Tadi





Sekitar jam 10.00 malam, pihak PKM dan Penyelaras DUN mendapat panggilan daripada penduduk di BBS2A. Mereka melaporkan bahawa terdapat kejadian balkoni sebuah rumah di jalan 2/6 telah runtuh secara tiba-tiba dan mengakibatkan kecederaan agak serius kepada 2 orang penghuni rumah tersebut.

Penyelaras DUN Taman Templer, Tn Hj Mohamad Abd Rahman bersama Skuadnya terus ke tempat kejadian setelah mendapat berita daripada penduduk sekitar taman tersebut. Setiab ditempat kejadian, mangsa telah dihantar ke Hospital Selayang bagi mendapat rawatan selanjutnya.

Difahamkan oleh penduduk sekitar, rumah tersebut sedang dalam proses renovasi dan telah berada di peringkat akhir.


Wednesday, January 4, 2012

Tanah Runtuh & Rumah Roboh di Kg Selayang Pandang







Di dalam kesibukan dan kegembiraan orang menguruskan anak-anak masuk ke sekolah bermula hari ini, lain pula ceritanya di Kg Selayang Pandang kerana berlaku kecelakaan @ musibah yang tidak diundang. Bencana yang berlaku sekitar pukul 2.30 petang semalam adalah runtuhan tanah di tebing Sungai di Kg Selayang Pandang. Lokasinya adalah di belakang rumah Imam Masjid Kg Selayang Pandang iaitu Hj Saad.

Musibah tebing sungai yang runtuh tersebut telah mengakibatkan ruang dapur rumah Imam Saad runtuh sama menyembah bumi. Penyelaras DUN Taman Templer, Tn Hj Mohamad Abd Rahman bersama Skuadnya dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menziarahi Imam Saad untuk menyampaikan sumbangan dan juga memberikan taklimat berkenaan dengan keselamatan struktur rumah tersebut.

Menurut Pegawai daripada JPS, rumah tersebut tidak selamat untuk di diami sementara waktu ini dan Imam Saad sekeluarga disarankan agar mengosongkan rumah tersebut buat sementara waktu. Pihak JPS juga akan mengambil tindakan wang sewajarnya secepat mungkin bagi mengatasi masalah tersebut. Daripada taklimat Pegawai tersebut juga kejadian tebing sungai yang runtuh adalah disebabkan oleh pelepasan air kumbahan daripada MagnaVille setiap pagi terus ke sungai tersebut. Oleh yang demikian, Pegawai JPS meminta agar pihak JKKK Kg Selayang Pandang supaya menulis surat aduan dan bantahan kepada MPS, Pejabat Tanah, JPS dan sesalinan ke SPRM untuk tindakan yang sewajarnya.

Bagi pihak PKM dan Penyelaras DUN kami mendoakan agar Imam Saad sekeluarga tabah menghadapi ujian daripada Allah SWT ini.

Makin kuat ditekan, makin ramai mahasiswa bangkit

KUALA LUMPUR, 4 Jan:“Semakin kuat mahasiswa ditekan, semakin ramai akan bangkit dan semakin ramai ikon perjuangan mereka mampu dilahirkan,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor.

Justeru, katanya Muhammad Safwan Anang dan Adam Adli kini telah menjadi sebutan rakyat dan menjadi idola mahasiswa bagi memperjuangkan keadilan.

Menurutnya, mereka adalah ikon rakyat yang cintakan keadilan, kemakmuran, kesejahteraan, ketelusan dan kebebasan.

Sehubungan itu, katanya DPPM mengucapkan tahniah di atas keberanian mahasiswa menyatakan kebenaran dengan mengadakan himpunan aman bagi membantah Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) sehingga menyebabkan 2 orang pelajar mengalami cedera parah semasa himpunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tahun baru 2012 lalu.

“DPPM menganggap perkembangan ini yang bermula dengan insiden menurunkan bendera oleh seorang mahasiswa, Adam Adli sehingga ke tragedi di UPSI malam tahun baru 2012 menunjukkan proses kematangan dan kedewasaan mahasiswa,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, mahasiswa kini sudah mampu memposisikan diri mereka sebagai golongan yang bersuara mewakili segmen masyarakat yang inginkan keadilan, dan kebebasan.

Tambahnya, mahasiswa telah keluar dari kepompong ketakutan yang selama ini membelenggu mereka sehingga berani bersuara mendesak agar Auku dimansuhkan segera.

“Gerakan mahasiswa seharusnya mampu mencorakkan masyarakat menjadi golongan yang peka, sensitif, dan responsif terhadap persekitaran mereka,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat akan cepat sedar terhadap kebobrokan yang berlaku melalui sesuatu isu dan rakyat tidak lagi boleh diperbodohkan oleh pemerintah.
Idealisme dan suara mahasiswa tidak perlu disekat seperti dahulu, ujarnya.

“Sudah berpuluh tahun mahasiswa di halang dari berfikir secara matang ke atas sesuatu isu yang berlaku. Sebaliknya mereka perlu dipandu supaya haluan mereka mengikut lunas kemanusiaan dan menurut syariat Islam serta norma budaya masyarakat di negara ini,” ujarnya.

Menrutnya, mereka wajar didorang agar bertindak positif demi memastikan negara berada pada landasannya yang sebenar.

Justeru, tegasnya DPPM mengingatkan kerajaan bahawa tindakan zalim dan keras ke atas mahasiswa tidak sesekali mematikan api perjuangan mereka, malah akan memarakkan lagi arus perjuangan.

Tambahnya, tragedi pembantaian mahasiswa di depan UPSI tempoh hari tidak menggentarkan mereka, sebaliknya mereka bingkas untuk mengadakan banyak lagi siri himpunan aman membantah Auku.


Sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7389-makin-kuat-ditekan-makin-ramai-mahasiswa-bangkit-

p/s: Suara Rakyat Suara Keramat......

Mahasiswi dipecat bertekad terus menetap di asrama

Seorang daripada pelajar yang disingkirkan daripada kolej kediaman Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, beliau akan terus menetap di asrama berkenaan sehingga notis rasmi diberikan.

siti nurul piteriah abd halim UPSI sacked studentSiti Nurul Piteriah Abdul Halim (kiri), yang menyertai demonstrasi mahasiswa di luar UPSI di Tanjung Malim pada 1 Jan, berkata setakat ini beliau hanya diberikan notis lisan daripada rakan-rakan kolej, yang memetik pesanan "dari pihak atasan".

"Saya masih di kolej.

"Selagi tidak ada notis (rasmi), saya akan tetap tinggal di sana. Itu adalah hak saya," kata pelajar diploma kesusasteraan Melayu hari itu.

Menurut Siti Nurul, beliau dimaklumkan untuk mengosongkan asrama kediamnya berkuat kuasa serta-merta, jam 9.30 malam, selepas dia dibebaskan pada sebelah petang hari demonstrasi berkenaan.

Katanya, selain dirinya, beliau juga difahamkan seorang lagi pelajar yang turut diarahkan meninggalkan asrama kediaman mereka adalah pelajar diploma Alif Ashraf.

smm protest in sultan idris university 010112 03Siti Nurul berkata demikian kepada pemberita di luar sidang akhbar oleh pemimpin-pemimpin pelajar di luar ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur, semalam.

Pada sidang akhbar berkenaan Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia, Ahmad Syukri Ab Razab juga menuntut supaya UPSI membenarkan semula kedua-dua pelajar berkenaan kembali menginap di kolej kediaman masing-masing.

"Tarik balik segera perintah itu, atau hadapi tekanan yang lebih kuat daripada pelajar," kata Ahmad Syukri memberi amaran.

Di samping itu, beliau juga mengutuk polis kerana menafikan bahawa pelajar diserang sebelum sebarang siasatan dibuat, dan juga dakwaan bahawa pemimpin pelajar Muhammad Safwan Anang dipaksa menandatangani dokumen yang menyatakan bahawa kecederaan yang dialaminya adalah akibat terjatuh.

smm protest in sultan idris university 010112 amar ismailPada perhimpunan pro-kebebasan akademik di UPSI itu, kira-kira 20 aktivis mahasiswa ditahan polis.

Selain menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971, hampir seratus mahasiswa itu mendesak agar penuntut UPSI, Adam Adli Abdul Halim, yang menurunkan bendera yang tertera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Ibu Pejabat Umno sewaktu demonstrasi 17 Dis lalu, tidak dikenakan tindakan tata tertib oleh pentadbiran universiti berkenaan.


Sumber: http://malaysiakini.com/news/185612

p/s: Mahasiswa kembali bersuara dan menuntut hak mereka.... Bangunlah wahai anak2 muda... Kerana bak kata pepatah hanya dengan sekumpulan pemuda sahaja boleh menggegarkan satu dunia.....

Tuesday, January 3, 2012

Pakatan tetap teruskan perhimpunan 9 Jan

Walaupun polis melarang semua pihak berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini, Pakatan Rakyat akan tetap menggerakkan penyokongnya hadir memberikan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi kes tuduhan liwat.

NONE"Insya-Allah, saya, seluruh pimpinan (Pakatan) dan seluruh rakyat Malaysia akan hadir menyatakan sokongan dan bersama-sama Datuk Seri Anwar pada hari tersebut," kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (tengah, baju biru belang).

Bercakap selepas memberi taklimat kepada Majlis Pimpinan Pusat, ahli Parlimen dan ADUN PKR hari ini, Azmin menegaskan Pakatan akan menggerakkan 100,000 penyokong pada hari itu.

Katanya, walau apa pun keputusan yang diumumkan, Pakatan dan PKR telah bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat.

"Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan PKR akan terus menerajui agenda rakyat," kata dalam sidang media di ibu pejabat parti itu pagi ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut, semua ahli parlimen dan ADUN PKR termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman.

Mengulas lanjut berhubung perhimpunan itu, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata PAS juga memberi jaminan dan pengakuan bahawa parti itu akan menggerakkan penyokongnya dalam perhimpunan pada hari tersebut.


Bincang dalam Majlis Presiden Pakatan


Katanya, jaminan tersebut diberikan selepas beliau berkomunikasi dengan setiausaha agung PAS Datuk Mustaffa Ali, yang tidak dapat hadir ke talimat tersebut kerana terpaksa menghadiri mesyuarat Dewan Harian PAS hari ini.

Ditanya berhubung sokongan DAP pula, Azmin berkata Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Md Akin sedang berkomunikasi dengan pemimpin DAP.

NONE"Saya (juga) akan berbincang (perkara ini) dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini dan taklimat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat," katanya.

Sementara itu Dr Abd Rani berkata beliau berharap "tidak ada masalah" akan timbul pada perhimpunan 9 Januari ini.

Bahkan, beliau berharap pihak polis dapat mengawal keselamatan dan keadaan pada hari tersebut.

"Kalau polis Arab Saudi boleh mengawal tiga juta jemaah haji, takkan PDRM tak boleh... Jadi tak ada masalah, kita protes secara aman.

"Saya nasihatkan (rakyat) jangan bawa senjata tajam," katanya sambil mengerahkan semua kawasan PAS di Selangor menghantar "seramai mungkin" anggota pada perhimpunan tersebut.


p/s: Ayuh semua rakyat Malaysia kita ke Mahkamah Jalan Duta 9 Januari 2012 ini.... Ke Arah Malaysia Baru.....