Monday, August 1, 2011

Asri Kuang meninggal dunia




SELAYANG, 31 Julai: Aktivis PAS Selayang, Asri Ahmad, 31 tahun, meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang petang ini di Hospital Selayang.

Beliau meninggalkan seorang isteri dan dua anak yang masih kecil.

PAS dan Pakatan Rakyat Selayang kehilangan seorang aktivis yang komited dengan perginya Asri.

Janazah beliau disolatkan di Masjid Islahiah, Kuang selepas solat Asar.

Asri antara tahanan awal kes Bersih 2.0 sedang dalam proses perbicaraan selepas ditahan polis kerana memiliki beberapa helai baju Bersih dengan dakwaan mengedarkan baju pertubuhan yang diharamkan.

Beliau telah didakwa di mahkamah dan dibebaskan dengan ikat jamin.









No comments:

Post a Comment