Friday, November 25, 2011

Semarak Hijau DUN Taman Templer 2011








Seluruh penduduk DUN Taman Templer dijemput hadir.

Wednesday, November 23, 2011

Akta Perhimpunan Aman percepat ajal Umno BN



KUALA LUMPUR, 22 Nov:
Lajnah Undang-Undang Guaman dan PAS Pusat memandang serius tindakan Kerajaan Barisan Nasional membentangkan rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Perhimpunan Aman 2011 yang menggantikan Akta Polis 1967.

AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) berkata, setelah meneliti beberapa peruntukkan di dalam rang undang-undang tersebut, mana-mana orang yang waras pemikirannya akan dengan mudah memahami ia adalah akta yang bersifat mencegah atau melarang sama sekali sebarang perhimpunan di negara ini.

Menurutnya, menamakan rang undang-undang itu dengan Akta Perhimpunan Aman dalam keadaan akta tersebut hakikatnya melarang sama sekali sebarang perhimpunan adalah jelas satu lagi siri penipuan Kerajaan BN Umno dan Datuk Seri Najib ke atas rakyat.

Ujarnya, Akta Perhimpunan Aman sepatutnya memudahkan perhimpunan aman bukan menyusahkan perhimpunan aman.

Beliau berkata, jika Akta Polis 1967 khususnya seksyen 27 dan 27A sudah bersifat ‘draconian dan zalim, akta yang ingin digubal itu beribu-ribu kali lebih zalim daripada Akta Polis yang ingin diganti.

Katanya, hanya kerajaan zalim seperti Umno sahaja berupaya terfikir untuk menggubal akta sezalim itu.

“Sebagai peguam dan AJK PAS Pusat, saya akan mengusulkan kepada pihak PAS untuk mencabar rang undang-undang ini di mahkamah supaya ianya tidak akan dimuktamadkan sebagai akta.

“Pada hari ini kami peguam PAS akan melancarkan secara rasmi ‘perang’ ke atas akta zalim ini melalui saluran undang-undang yang sedia ada,” tegasnya.

Pada masa ini, beliau berpendapat rang undang-undang itu adalah secara jelas unconstitutional kerana ianya bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, meskipun Perkara 10 membenarkan sebarang akta digubal oleh Parlimen untuk menghadkan perlaksanaan hak berhimpun namun had tersebut tidak boleh sama sekali sampai ke tahap menghapuskan sama sekali hak rakyat kepada perhimpunan aman.

Tambahnya, secara jelas akta yang ingin digubal mempunyai motif sebegitu.

“Pengalaman saya mengendalikan banyak kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram khususnya yang melibatkan ahli dan pemimpin PAS menunjukkan bahawa akta ini digubal sebagai manifestasi kekecewaan pihak Kerajaan melalui Peguam Negara yang acap kali tewas di dalam kes-kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram,” ujarnya.

Katanya, amat malang Peguam Negara dan Kerajaan Umno BN tidak menunjukkan sebarang perubahan yang positif di dalam rekodnya yang sedia buruk dalam isu pencerobohan hak asasi khususnya dalam isu perhimpunan aman.

Baginya, akta yang ingin diluluskan di Parlimen itu memburukkan lagi wajah buruk Kerajaan BN dan Peguam Negara.

“Apa pun percayalah akta ini akan mempercepatkan lagi ajal Kerajaan Umno BN insya Allah,” ujarnya.


p/s: Hapuskan ISA kononnya...... Semua ada muslihat... Dulu, kini dan selamanya tipu belaka..

Bapa tunggal juga perlu dibantu


KUALA LUMPUR, 23 Nov: Selain memberikan bantuan kepada ibu-ibu tunggal dan mereka yang memerlukan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, disaran turut menyediakan bantuan kebajikan kepada golongan bapa tunggal.

Ahli Parliimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman berkata, saranan tersebut amat perlu diberikan pertimbangan memandangkan kebanyakan bapa tunggal juga mengalami kesempitan dalam hidup.

Menurut beliau, realiti itu terutamanya berlaku bagi bapa-bapa tunggal miskin yang bekerja sebagai penoreh getah dan seumpamanya.

Katanya, disebabkan kemiskinan, sesetengah bapa tunggal ada yang terpaksa membawa anak-anaknya ke kebun getah untuk bersama-sama dengannya ketika hendak menoreh.

"Ini antaranya ada berlaku di kalangan bapa-bapa tunggal di kawasan saya," katanya ketika bangun mencelah pada sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 peringkat jawatankuasa oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanta, Keluarga dan Masyarakat pada persidangan Dewan Rakyat, petang semalam.

Dalam melaksanakan tanggungjawabnya, menurut beliau, pihak kementerian terbabit tidak seharusnya hanya memberikan perhatian kepada golongan wanita sahaja khususnya berhubung dengan mereka yang bertitle tunggal.

Sebaliknya, perhatian sewajarnya turut diperlukan oleh bapa-bapa tunggal, terutama gollongan miskin, bagi membolehkan mereka meneruskan hidup dengan sempurna, dengan kadar bantuan yang berpatutan dan sesuai dengan keperluan mereka.

Selain itu, beliau turut mengingatkan pihak kementerian terbabit agar tidak terus mengambil tindakan memotong bantuan kebajikan yang telah diberikan kepada para penerima setelah anak-anak mereka besar dan bekerja.

"Anak-anak bila mereka dah besar memanglah bekerja. Tapi tak patutlah bila anak mereka dah bekerja terus dipotong bantuan kebajikan mereka.

"Walaupun anak meteka dah bekerja, bukan semua anak-anak mereka itu mempunyai gaji besar, malah mereka tetap masih memerlukan bantuan kebajikan dari kementerian," katanya.

Beliau juga berharap agar pihak kementerian memberikan pertimbangan kepada golongan kurang upaya (OKU) atau golongan kelainan upaya, memandangkan sesetengah daripada mereka mengalami pelbagai kerumitan dalam hidup, termasuk untuk mendapatkan lesen memandu.

"Begitu juga dengan bantuan kebajikan PDK. Mereka juga perlu diberikan perhatian yang sewajarnya oleh pihak kementerian," ujar beliau.

Sumber: Harakahdaily.net

p/s: Jangan ingat ibu tunggal je yang susah.... Bapa tunggal pun ada juga sebenarnya. Jd janganlah tinggalkan mereka.....

'Keputusan S'gor bubar DUN berasingan tak masuk akal'

Keputusan Selangor mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan dengan pilihan raya umum, dengan membandingkan dengan amalan di Sarawak, disifatkan tidak masuk akal ekoran tarikh tamat DUN di kedua-dua negeri yang berbeza.

NONETimbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar (kanan) berkata, 'tarikh luput’ DUN Sarawak berakhir pada 21 Julai manakala tarikh akhir bagi pembubaran parlimen pada 24 April 2013; dan negeri itu baru sekali mengadakan sidang Dun.

"Contoh yang diberikan Abdul Khalid itu tidak masuk akal kerana tarikh tamat DUN di negeri itu tidak sama, bezanya hampir dua tahun dengan pembubaran parlimen.

"Negeri itu pula baru sahaja selesai pilihan raya negeri, takkan hendak dibubarkan," kata Noh yang juga menteri pertanian dan industri asas tani.

Katanya, kalau pilihan raya dibuat dua kali di Sarawak, kos akan lebih tinggi dan menyusahkan rakyat untuk mengundi.

'Sepatutnya ikut Kelantan'

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini menegaskan tidak akan membubarkan DUN sehingga Jun 2012 bagi memastikan belanjawan negeri dapat dilaksanakan pada tahun depan.

Abdul Khalid turut mempersoalkan mengapa tindakan Sarawak yang mengumumkan pilihan raya secara berasingan sebelum ini tetapi tidak dijadikan isu sebagaimana di Selangor.

azlanDalam kenyataannya hari ini, Noh berkata, tindakan membandingkan dengan amalan di Sarawak hanya memperlihatkan pengetahuan yang cetek kerana "tidak memahami perkara asas mengenai pembubaran DUN".

"Abdul Khalid sepatutnya mengikut langkah kerajaan Kelantan yang turut membubarkan DUN sama seperti tarikh pembubaran parlimen sejak PAS memerintah negeri itu," katanya.

Noh berkata, tindakan kerajaan negeri jelas menunjukkan mereka takut dengan bayang-bayang sendiri kerana didakwa "sudah seronok berkuasa" dan tidak yakin mampu mempertahankan kemenangan.

"Rakyat memang sudah faham mengenai perbezaan DUN Sarawak dan parlimen tetapi Abdul Khalid sengaja tidak mahu faham kerana mahu menjaga kepentingan pakatan pembangkang di negeri ini," katanya.

p/s: Ikut suka MB aku la nak bubar DUN bila pun...... Ada aku kesah.... he3.. Dulu bolehlah UMNO yang menetapkan keputusan untuk kita semua. Tapi sekarang kita sudah ada kuasa untuk menentukannya sendiri.

Sumber: malaysiakini.com

Friday, November 18, 2011

Memali Dalam Ingatan





Hari ini 18 Nov 2011 merupakan hari yang sama dengan tragedi berdarah di Memali. Ramai syahid di sana kerana mempertahankan hak mereka daripada ditahan tanpa sebab di bawah ISA. Kita semua takkan lupa dengan nama Assyahid Ustaz Ibrahim Libya dan sahabat2 lain yang mati syahid akibat daripada kerakusan pihak berkuasa ketika itu. Ayuh bangkit sahabat-sahabat seperjuangan semua menentang kezaliman. Semoga kita juga dapat merasa nikmatnya syahid dalam perjuangan. Takbir!!!

Umno-APCO Ditampar Lagi! Bekas Ketua Polis Sertai PAS

PAS Perak menerima keahlian baru daripada tokoh besar apabila Bekas Ketua Polis Daerah Slim River, Tn Hj Abdullah Omar bertindak menyertai pati itu.

Menurut beliau, penyertaan ke dalam PAS baru-baru ini dibuat atas dasar kesedaran dan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah.

Hj Abdullah berkata, beliau mahu berjuang bersama PAS untuk menentang penyelewangan, salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya yang sudah menjadi barah dalam pentadbiran kerajaan.

“Saya tahu wajah BN sebenar, hanya bermuka-muka di depan rakyat sedangkan parti itu sungguh teruk dan busuk,” katanya ketika memberi ucapan di Liqa’ Fikri PAS Perak di Air Kuning, Taiping.

“Saya berazam akan berjuang bersama PAS bagi memperjuangankan Islam hingga ke akhir hayat,” ujarnya lagi.

Kini beliau bersama-sama PAS Perak dalam Program ‘Jom Masuk PAS’ menjelajah seluruh negeri bagi menarik masyarakat khususnya bekas kakitangan kerajaan.

Sebelum ini, PAS Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid.

sumber: http://jalanpulang1978.blogspot.com

Thursday, November 17, 2011

Tembelang Satim Diman Dilondeh Khalid Ibrahim


Sesi penggulungan Belanjawan Selangor 2012 hari ini menjadi gempar berikutan pendedahan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pelbagai salah guna kuasa Barisan Nasional Selangor membabitkan kehilangan jutaan ringgit yang turut melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Satim Diman.

Selain Satim, Abdul Khalid juga mendedahkan usaha pengambilan tanah oleh bekas menteri Besar Selangor, isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat bagi mendapat beberapa lot tanah di kawasan elit.

Dalam sesi penggulungan itu, Khalid mendedahkan Ketua Pembangkang, Satim Diman telah membuat beberapa transaksi berhubung penjualan tanah di Science Park 2 semasa pentadbiran BN dulu.

Tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri yang telah diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk tujuan pembangunan pendidikan sains.

Menurut Khalid, pemberian tanah tersebut bagaimanapun dijual oleh Satim dengan harga murah kepada Nikmat Inai Sdn Bhd, di mana Satim adalah salah seorang pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah.

"Belum selesai syarikat Satim membayar belian kepada PKPS, atas kuasa politik yang beliau pegang, tanah itu dijual kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan harga berlipat kali ganda.

"Inilah berjayanya Satim Diman menjadi orang tengah untuk mengaut untung atas angin atas dasar Bumiputera,"jelas Khalid.

Sidang DUN yang masuk hari kelima hari ini turut digemparkan dengan pendedahan Khalid berhubung tanah Revolusi Hijau di Alam Perdana yang melibatkan bekas Menteri Besar dan isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat membolot beberapa lot tanah.

"Tanah ini telah menjual kepada Barisan Elit untuk taman penindustrian walaupun tanah itu masih berstatus pertanian.

"Meskipun Barisan Elit tidak boleh memulakan projek perindustrian, namun yang berkuasa adalah orang berkepentingan maka projek tersebut dijalankan sedangkan rakyat Selangor kerugian puluhan juta hasil bayaran premium," katanya.

Selain itu, ladang seluas 12,000 ekar di Sabah yang dikatakan dijual oleh PKPS pada 2006. Ladang ini djual RM8,000 seekar kepada syarikat Bumiputera.

Namun seperti juga kes Science Park 2, Khalid berkata, ladang ini dijual pula kepada Rimbunan Hijau, syarikat yang ada kaitan dengan parti komponen BN.

Mengulas lanjut salahlaku pembangkang ini, Khalid menjelaskan Kerajaan Negeri pada akhirnya berjaya memaksa Barisan Elit Sdn Bhd membayar RM29 juta untuk menukar syarat dari pertanian kepada perindustrian.

"Tiga contoh ini menunjukkan Umno-BN sentiasa menggunakan isu Bumiputera dan memperjuangkan hak Melayu namun mereka adalah dalang yang menghakis hak kepentingan rakyat Selangor,"kata Khalid lagi.

Beliau yang juga Adun Ijok berkata sejak Mac 2008, kerajaan Pakatan Rakyat telah mengamalkan reformasi dalam pentadbirannya yang amat mementingkan ketelusan, kecekapan dan pertanggungjawaban serta bersih dari amalan rasuah dan kronisma.

Kesan dari reformasi ini, kata Khalid telah memberi keuntungan yang berlipat kali ganda berbanding pentadbiran terdahulu, malah mampu mengembalikan hasil negeri untuk rakyat Selangor.

sumber: http://jalanpulang1978.blogspot.com/2011/11/tembelang-satim-diman-dilondeh-khalid.html

p/s: sekarang apa cerita Satim Diman??? Jawab jangan tak jawab......