Wednesday, November 16, 2011

Pemberian "One-Off" Sudah Diagihkan Walaupun Budget Belum Diluluskan


K'jaan dibidas, berbelanja sebelum Bajet dilulus

Kementerian Pelajaran dibidas oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat kerana mengedarkan wang bantuan persekolahan RM100 kepada kira-kira 5.5 juta pelajar sekolah yang disenaraikan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan Bajet 2012 yang belum diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Gambar: Pemberian RM100 telah mula diberikan kepada para pelajar Tahun Satu SJKC Chung Hwa Wei Sin, Terengganu, hari ini.

"Rang undang-undang masih dibahaskan di Dewan. Bagaimana wang boleh dibelanjakan sebelum peruntukan itu diluluskan?” soal M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) kepada timbalan speaker Datuk Ronald Kiandee.

Kulasegaran menimbulkan perkara itu mengikut Peraturan Tetap 66(4), yang memperincikan butiran sebelum rang undang-undan pembekalan itu akan menjadi bajet perbelanjaan kerajaan.

Bagaiamanapun, Kiandee menolak perkara itu dengan alasan ia bukan di bawah bidang kuasa Dewan Rakyat dan peraturan tetapnya.

"Ini tiada kaitan dengan Dewan. Ini urusan kementerian. Mereka sepatutnya tahu apa yang mereka lakukan.

"Saya hanya boleh memantau peraturan tetap yang berkaitan perjalanan Dewan. Ini isu luar, tidak peraturan tetap yang dicabuli,” katanya lagi.

Bantuan persekolahan RM100 itu masih disenaraikan sebagai perbelanjaan dan sedang didebatkan bagi cadangan rang undang-undang Bajet 2012.

Bagaimanapun, Khamis lalu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata wang bantuan seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012 akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing dengan serta-merta.

Wang bantuan itu yang akan diagihkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011. Bayaran bantuan kepada pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan 2012 akan dibayar pada Januari tahun depan.

sumber: http://greenboc.blogspot.com

p/s: Inilah akibatnya apabila buat perkara tak ikhlas....

UMNO dah takda kerja lain - Sebar VCD lucah di masjid

PENANTI – Hampir 100 orang berkumpul di hadapan Balai Polis Kubang Semang, dekat sini, semalam, bagi membantah tindakan individu tidak bertanggungjawab menyebarkan video lucah menggunakan nama Tok Guru.

Cakera padat video (VCD) bertajuk ‘Wasiat Tok Guru’ itu diletakkan di hadapan tangga masjid Jumaat lalu, dan sasaran mereka adalah masjid di sekitar Permatang Pauh.

Memeranjatkan apabila video yang disangka benar-benar mempunyai ucapan Tok Guru (Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat) itu rupanya video lucah lelaki mirip Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Kariah Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Abu Bakar Bakilani Abu Hassan berkata, kewujudan VCD itu disedari ketika orang ramai sibuk hendak mengerjakan solat Jumaat.

Pihaknya difahamkan kira-kira 50 hingga 100 keping VCD diletakkan di situ yang mana ia habis diambil kariah yang datang untuk bersolat pada tengah hari itu.

“Jika dilihat dari luaran, pasti orang akan ingat ia benar-benar video ‘Wasiat Tok Guru’. Tapi, saya terkejut apabila ada anak kariah yang datang kepada saya maklumkan bahawa kandungan sebenar adalah video lucah.

“Bukan setakat masjid ini sahaja, malah, perkara sama turut berlaku di lebih lima masjid dalam kawasan Permatang Pauh,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Semang, semalam.

Abu Bakar berkata, laporan dibuat kira-kira jam 3.30 petang disusuli dengan perhimpunan damai anak kariah bagi membantah perbuatan yang disifatkan mempunyai agenda pihak tertentu.

Turut membuat laporan semalam adalah wakil Masjid Mengkuang Sungai Lembu.

Beliau dalam pada itu berharap pihak polis menyiasat mengenai perkara itu, seterusnya mengambil tindakan terhadap individu yang bertindak menyebarkannya.

“Perbuatan ini amat melampaui batas dan tidak dapat dimaafkan kerana menggunakan masjid sebagai medium untuk menyebarkan perkara tidak elok. Ia juga dilihat mencemarkan imej masjid sebagai sebuah institusi agama.

“Saya meminta supaya mereka yang ada menyimpan VCD ini supaya mengembalikannya semula kepada pihak masjid untuk dimusnahkan,” katanya. -SH

sumber: http://greenboc.blogspot.com

p/s: Apa nak jadi la skrg ni? Dah jd senjata utama sekarang ni....

Tuesday, November 15, 2011

Majlis Makan Malam Bersama Tn Guru Presiden PAS








Majlis Makan Malam Perdana Bersama Tn Guru Presiden PAS bersempena dengan kutipan dana Bangunan PAS Negeri Selangor telah berlangsung di Kompleks Belia Seksyen 7 Shah Alam pada malam 13 November yang lalu.

Monday, November 14, 2011

Program Motivasi & Solat Hajat Perdana SPM 12 November




Aduan Rakyat Taman Daya 11 November 2011





Tn Hj Mohamad Abd Rahman, Penyelaras DUN Taman Templer bersama Skuad Pusat Khidmat Masyarakat Taman Templer telah turun ke Taman Daya, Kepong dalam program Aduan Rakyat. Beberapa masalah setempat telah dikenalpasti dan tindakan susulan kepada MPS, JKR dan pihak-pihak lain yang bertanggungjawab akan dibuat secepat mungkin.

Thursday, November 10, 2011

Program Motivasi & Solat Hajat Perdana


Dijemput kepada semua para calon SPM/STAM/STPM serta ibu bapa dijemput hadir beramai-ramai ke Program Motivasi & Solat Hajat seperti maklumat di bawah:-

Tarikh : 12 November 2011 (Sabtu Malam Ahad)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Attaiyibbin, Taman Bidara Selayang
Jemputan Khas :
Imam Muda Nazrul Ikhwan, Naib Juara Imam Muda Musim Ke-2
Imam Drs Ahmad Termizi, Ketua Juri Imam Muda

Wednesday, November 9, 2011

JAMUAN RAKYAT SEMPENA HARI RAYA KORBAN @ AIDIL ADHA DUN TAMAN TEMPLER





Bersempena dengan Hari Raya Korban @ Aidil Adha baru-baru, Pusat Khidmat Masyarakat Dun Taman Templer bersama-sama dengan JKKK Selayang Baru telah menjalankan satu program perdana iaitu Jamuan Rakyat yang mana telah menarik ramai masyarakat setempat untuk hadir.

Program tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Tn Hj Mohamad Abd Rahman, Penyelaras DUN Taman Templer dengan diraikan oleh Ketua Kampung Selayang Baru, Tn Hj Zulkifli Abd Hamid. Di program Jamuan Rakyat tersebut juga, agihan daging korban juga telah diberikan kepada penduduk setempat yang layak menerimanya. Program bermula sekitar jam 2 petang dan tamat dengan jayanya sekitar jam 6 petang.