
Tarikh : 12 November 2011 (Sabtu Malam Ahad)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Attaiyibbin, Taman Bidara Selayang
Jemputan Khas :
Imam Muda Nazrul Ikhwan, Naib Juara Imam Muda Musim Ke-2
Imam Drs Ahmad Termizi, Ketua Juri Imam Muda

Bersempena dengan Hari Raya Korban @ Aidil Adha baru-baru, Pusat Khidmat Masyarakat Dun Taman Templer bersama-sama dengan JKKK Selayang Baru telah menjalankan satu program perdana iaitu Jamuan Rakyat yang mana telah menarik ramai masyarakat setempat untuk hadir.
Hari Raya Korban @ Aidil Adha 1432H/2011M di DUN Taman Templer kali ini disambut meriah oleh masyarakat Islam setempat bersama-sama dengan Penyelaras DUN. Aktiviti Ibadah Korban telah dijalankan mengikut syariat seperti biasa dengan menyembelih binatang korban seperti lembu dan kambing. Seluruh masjid dan surau di Dun Taman Templer menjalankan aktiviti ibadah korban ini mengikut kemampuan masing-masing.
Kesempatan dan kemeriahan sambutan aidil adha ini juga telah diserikan dengan sumbangan daripada Penyelaras DUN Taman Templer, Tn Hj Mohamad Abd Rahman. Beliau bersama Skuad Korban Templer 2011 telah berjaya melawat dan menyampaikan sumbangan ke beberapa buah masjid dan surau yang keseluruhannya berjumlah 11 buah. Sumbangan tersebut serba sedikit dapat membantu dalam penyediaan makanan dalam kenduri yang diadakan di masjid dan juga surau.

Beliau mengulas ucapan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mohd. Sofian Md. Makimuddin di taklimat Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Sabah seolah-olah apa yang berlaku ialah kerana Pakatan Rakyat.
Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria.
Idris berkata, sedangkan banyak peristiwa-peristiwa yang bersifat provokasi dimulakan oleh penyokong Umno antaranya demo memijak kepala lembu di Shah Alam.
Begitu juga, ujarnya demo menghantar hadiah keranda, kek hitam, bunga hitam, pakaian dalam wanita dan usung keranda di Pulau Pinang.
Menurutnya, sudah berpuluh-puluh demo yang diadakan seolah-olah mereka dilesenkan walaupun ia boleh membawa kepada kekacauan kaum.
Terbaru, tambahnya demo Mat Rempit di Pulau Pinang yang dikaitkan dengan seolah-olah kerajaan Pakatan meminggirkan Melayu.
“Syukur kepada Allah kerana penyokong Pakatan tidak melatah kerana tahu bahawa ini adalah perangkap,” katanya kepada Harakahdaily.
Sepatutnya, kata beliau polis kena cekap bertindak semacam polis agresif bertindak kepada himpunan aman Bersih 2.0, kerana ia cukup merbahaya kepada perpaduan kaum.
Tegasnya, polis mesti bersifat profesional di dalam menegakkan undang- undang dan keadilan.
Beliau berkata, polis perlu menjaga keselamatan negara bukan keselamatan BN.
“Siapa sahaja melanggar undang-undang sila bawa ke muka pengadilan tanpa memilih bulu.
“Jangan sampai imej polis dipandang sebagai pelindung kepada BN,” ujarnya.
sumber: harakahdaily.net

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, kehadiran artis-artis itu telah mencetuskan revolusi dakwah baru yang telah menarik minat anak-anak muda remaja untuk kembali memahami dan mengamalkan ajaran agama Islam secara menyeluruh.
“Sehingga kini sambutan masyarakat terhadap program-program yang membabitkan para artis-artis yang telah ‘berhijrah’ ini mendapat sambutan yang cukup hebat,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Tambahnya, selain peminat-peminat ‘tegar’ artis-artis terbabit, rakyat Malaysia secara keseluruhannya telah dapat menerima penglibatan artis-artis ini di dalam bidang dakwah dan berkongsi pengalaman mereka menerima ‘hidayah’ petunjuk daripada Allah SWT.
“Janganlah disebabkan perkara yang terlalu remeh menyebabkan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hilang pertimbangan sehingga mengambil tindakan yang tidak wajar di dalam menghentikan revolusi dakwah baru itu,” katanya.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, katanya mencadangkan pihak Jais sepatutnya mengambil pendekatan yang lebih mesra terhadap para artis yang telah ‘berhijrah’ ini dan menjadikan mereka sebagai ‘ikon’ dakwah Jais kepada masyarakat.
Beliau berkata, Jais perlu menyediakan kursus-kursus dan garis panduan dakwah kepada para artis selain mengatur seliakan program-program dakwah yang perlu diisi oleh para artis tersebut untuk menarik minat masyarakat kembali kepada pengamalan agama Islam yang sebenar.
"Akhirnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melahirkan rasa kebimbangan dengan tindakan ‘menghukum’ yang akan diambil oleh pihak Jais ke atas Bob Lokman dan rakan-rakan artis seangkatannya akan ‘menghanyutkan’ semula anak muda yang kini dilihat semakin jinak dengan agama selain akan meninggalkan persepsi negatif masyarakat yang melihat Jais sebagai agensi yang tidak mesra dakwah dan anti artis hijrah," ujarnya lagi.
sumber: harakahdaily.net
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mendapat waran tangkap ke atas pelakon, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.
Pengarah JAIS, Marzuki Hussin memberitahu wartawan di Shah Alam bahawa waran tangkap itu dikeluarkan pada 28 Oktober lalu yang membolehkan Bob ditangkap jika dikesan di negeri itu“Jabatan kami sedang mencari Bob (kanan), kerana beliau dikehendaki membantu siasatan yang membabitkan dirinya. Kami dalam proses mengambil tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob hadir di mahkamah (syariah).
“Beliau akan dibebaskan dengan jaminan selepas kenyataannya diambil,” kata Marzuki.
Bob ditahan di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah kepada kira-kira 70 hadirin.
Meskipun diminta tampil memberi keterangannya oleh JAIS, Bob yang kini bergiat aktif bersama parti Islam PAS berkata tidak ada sebab untuknya bekerjasama kerana tindakan itu tidak ada kepentingan untuk Islam.
Menurut Marzuki Hussin, JAIS sedang berusaha mengesan lokasi Bob dan hanya menunggu masa untuk menahannya.
“Kita masih mengesan lokasi sebenar beliau dan sekiranya berada di Selangor, kita akan menahannya serta-merta kerana gagal hadir membantu siasatan berhubung tindakannya menyampaikan ceramah tanpa tauliah,” katanyaPenulis lirik berhantu "Isabella" itu sebelum ini pernah berkata, beliau sanggup menghadapi sebarang tindakan, termasuk kemungkinan menghadapi waran tangkap daripada mahkamah."Nak tangkap, tangkaplah. Saya tidak akan hadir. Sifat (JAIS) begini bukan hendak jaga keharmonian agama," katanya sambil memberitahu dia akan hanya berserah pada Allah.
Bob nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, disiasat mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Beliau boleh dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor jika gagal memberi keterangan dengan sengaja dan tertuduh boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.
Ini bukan kes pertama seumpa itu, sebelum ini ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga didakwa atas tuduhan yang sama.
Sumber: malaysiakini.com .......... pelik manusia akhir zaman ni, buat baik pun skrg ni nak kena tangkap... fikir2 dan renung2kanlah......