Tuesday, October 18, 2011

Bayi Ditemui Mati Dikelar Di Asrama Sekolah


Betong: Seorang bayi perempuan yang dipercayai dilahirkan kurang daripada 24 jam lalu, ditemui mati dengan kesan kelaran di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah, di sini, Isnin.

Gambar: ANGGOTA polis membawa mayat bayi perempuan yang dikelar sehingga mati oleh seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Betong. (17/10/2011) -hm

Pemangku Ketua Polis Daerah Betong ASP Hendry Nyuhai berkata susulan kejadian itu, polis menahan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 9.15 pagi tadi bagi membantu siasatan.

"Selepas menerima laporan daripada pihak sekolah, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Betong ke lokasi kejadian dan menemui seorang bayi perempuan yang sudah meninggal dengan beberapa kesan luka di bahagian leher, perut dan belakang badan," katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau berkata mayat bayi malang itu ditemui terbaring bersebelahan katil pelajar perempuan berkenaan.

Katanya polis turut merampas sebilah pisau yang ditemui disorokkan dalam selimut di tempat kejadian.

Pelajar perempuan itu dihantar ke Hospital Umum Betong bagi mendapat rawatan, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -BERNAMA

p/s: Inilah akibatnya apabila hudud dikesampingkan....

Monday, October 17, 2011

Mengunjungi Veteran PAS

Semasa di program Gerak Gempur Selayang Indah, JPrd Tmn Templer bersama Penyelaras DUN, Hj Mohamad bin Abdul Rahman sempat mengunjungi veteran PAS , Hj Ayus bin Musa dirumah beliau.

Beliau pernah bertugas di dalam PAS sebagai Bendahari Pemuda PAS Pusat di zaman Dr Burhanuddin Helmy dan no keahlian PAS ialah 00008, di awal penubuhan PAS sekitar tahun 1951.

Beliau sekarang bergerak di atas kerusi roda di umur 75 tahun akibat sakit saraf di spinal. Foto di bawah:-







Program Gerak Gempur - Selayang Indah

Setelah berehat di bulan AidilFitri, kita bergerak lagi utk program GerakGempur JPrD Tmn Templer di Selayang Indah. Kehadiran petugas yang dikira ok juga degan 7 kumpulan bergerak ke zon-zon yang ditetapkan.

Kehadiran penyelaras DUN, Tuan Haji Mohamad Abdul Rahman mengetuai AL-Malak mengunjungi rumah-rumah imam, bekas ketua bagi merapatkan ukhwah.

Terima kasih kepada petugas-petugas yang meluangkan masa utk kerja-kerja Islam yang tidak mengenal letih di bawah bahang mentari pagi. Jzk.




Tuesday, October 11, 2011

Bob Lokman ditahan JAIS

Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi, dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Penulis lirik 'lagu berhantu' Isabella itu ditahan ketika berucap selepas solat Maghrib di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat.

NONEMereka dibawa ke balai polis berdekatan sebelum dilepaskan kemudiannya.

Turut ditahan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan dan nazir masjid itu hadir ketika majlis berlangsung.

Bob yang juga cucu ulama terkenal Kelantan Tok Kenali ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan penahanannya malam tadi tetapi engan mengulas lanjut pada masa ini.

Ketiga-tiga mereka dijadual memberikan kenyataan kepada JAIS di pejabat agama daerah Hulu Langat sebelum tengah hari ini.

Sementara itu, Mohd Sany ketika dihubungi Malaysiakini berkata, ketika insiden malam tadi, kira-kira 20 anggota penguatkuasa jabatan itu dan beberapa orang polis hadir bagi tujuan itu.

"Ketika Bob bercakap mereka tidak buat apa-apa. Bila habis dan solat Isyak baru (kami) ditahan," katanya sambil menafikan bertazkirah atau menyentuh soal politik.

Jawab yang berkaitan sahaja

Menurut Mohd Sany, Bob cuma menceritakan kisah hidupnya sebagai anak kampung yang bergelumang dalam dunia hiburan sebelum mendekatkan diri kepada agama.

"Beliau tidak sebut langsung (soal) PAS-Umno. Tetapi penguatkuasa tetap kata, ini titah Sultan," jelas Mohd Sany.

200211 bob lokman kerdauJAIS bulan lalu menegaskan keputusan tidak mengeluarkan tauliah kepada ahli politik -- arahan yang didakwa selaras dengan titah Sultan Selangor supaya masjid dan surau tidak dijadikan tempat berpolitik.

Sementara itu, Mohd Sany berkata, beliau awal petang ini selesai memberikan keterangan kepada JAIS di Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Kajang.

Katanya, Bob tidak hadir untuk sesi itu kerana difahamkan selebriti terkenal itu "tidak sihat".

"Kita sudah selesai. Kita dilepaskan dan tengok tindakan JAIS selanjutnya," katanya yang tidak pasti status kehadiran nazir masjid itu.

Bagaimanapun, dalam sesi itu, seorang penceramah lain yang turut berucap dalam majlis malam tadi - Fakrurazi Mokhtar - hadir secara sukarela bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah JAIS Marzuki Hussin dilapor mengesahkan penahanan Bob dibuat kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah dan "tidak pernah memohon tauliah" daripada jabatan itu.

Bob ditahan bawah Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

Februari lalu, Bob mengejutkan banyak pihak dengan berkempen membantu calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau dan terus aktif berceramah selepas itu.

Kerajaan Negeri Menghormati Titah DYMM Sultan Selangor

SHAH ALAM 10 OKTOBER - Kerajaan Negeri menghormati titah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung laporan pemeriksaan terhadap Dream Center di Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan akhbar menjelaskan keputusan yang diambil DYMM Sultan Selangor merupakan satu keputusan yang terbaik dan perlu diterima oleh pihak.

“Kerajaan Negeri yakin dan percaya, titah baginda ini adalah keputusan terbaik dan adil serta mengambil kira keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini dan Malaysia amnya.

“Sebagai rakyat Selangor, kita mesti menghormati dan menerima titah ini dengan hati terbuka dan positif kerana baginda adalah ketua negeri dan tempat masyarakat berbilang kaum berlindung,” katanya.

Pada 3 Ogos lalu, kira-kira 30 anggota polis dan penguatkuasa Jais memeriksa Gereja Damansara Utama (DUMC) setelah mendapat maklumat adanya cubaan memurtadkan orang Islam di satu majlis makan malam anjuran Komuniti Harapan.

Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum.

Dalam serbuan itu, JAIS dilaporkan telah memeriksa 12 individu beragama Islam yang turut hadir dalam program anjuran Harapan Komuniti.

Bagaimanapun, ia dinafikan oleh DUMC dan Komuniti Harapan.

Menurut mereka, majlis tersebut adalah acara mengutip derma bagi pesakit AIDS.

Menteri Besar menambah, Kerajaan Selangor tidak akan menoleh ke belakang lagi disebabkan isu ini, sebaliknya isu ini memberi kesedaran tentang keperluan untuk mengukuhkan penguatkuasaan Jais serta pengumpulan bukti.

Justeru, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan dalam mengukuhkan Standard Operating Procedure (SOP) di JAIS agar dapat memantau cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam dengan teliti dan berkesan.

“Jawatan kuasa khas ini akan dianggotai tokoh perundangan dan pakar agama selain pegawai kanan kerajaan yang mana nama-nama mereka ini akan diumumkan kelak,” katanya.


*sumber http://www.selangorkini.com.my/my/berita/34906

Monday, October 10, 2011

Hu nafi ugut bawa DHPP tinggalkan PAS

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw menafikan berita yang mendakwa sayap itu enggan menyokong parti itu jika hukum hudud dilaksanakan.

Sehubungan itu, beliau juga menafikan membuat ancaman untuk meninggalkan PAS seperti yang disiarkan oleh akhbar berbahasa Melayu, Sinar Harian hari ini.

pas forum 170609 hu pang chaw 02
"Sebagai salah seorang pengasas kelab penyokong PAS yang kini menjadi DHPP, tidak ada sebab saya buat demikian.

"Ia umpama rumah yang dibina dengan duit, masa dan tenaga saya tiba-tiba dibakar oleh saya sendiri atas sebab bocor sikit di dapur," kata Hu (kanan) yang dipetik oleh Harakahdaily, hari ini.

Sinar Harian hari ini menyiarkan di halaman utama dengan laporan kononnya 20,000 ahli DHPP akan meninggalkan PAS jika hukum hudud dilaksanakan.

“Saya bukan nak cabar parti. Kalau saya tak suka pada Pas, saya sudah lama keluar dan tubuh parti baru. Saya juga bukan tolak hudud tetapi saya mahu kepimpinan Pas beri perhatian kepada perkara-perkara lain sebelum fikir nak laksanakan hudud,” katanya.

Hu juga dipetik berkata, beliau sudah menjelajah ke banyak negeri dan rata-rata penyokong pembangkang yang bukan Islam bertegas menolak hudud.

“Jadi PAS tidak boleh buat main-main dengan perkara ini. Selama ini, orang bukan Islam sokong PAS kerana sangka parti ini adalah yang terbaik, serasi dengan mereka. Tiba-tiba mahu buat hudud pula. Ini yang mereka tak boleh terima,” katanya.

Sumber: Malaysiakini

PAS jangka rakyat akan ditekan selepas PRU-13

PAS menjangkakan beberapa kaedah pencukaian baru akan dikenakan ke atas rakyat manakala subsidi yang dinikmati sekarang akan ditarik balik selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata segala apa yang diberi pada bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kononya atas nama ‘negara berkebajikan ala Umno BN’ hanya bertujuan untuk melalaikan rakyat.

“Apa yang diberi akan ditelan kembali selepas PRU-13 jika mereka terus berkuasa selepas PRU-13, kerana suka ataupun duka, rakyat terpaksa duduk di bawah kerajaan BN untuk lima tahun lagi sebelum ada peluang untuk mengundi mereka keluar,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau yakin sistem pencukaian baru akan diperkenalkan manakala subsidi yang dinikmati oleh rakyat sekarang akan ditarik selepas pilihan raya umum akan datang.

Lebih-lebih lagi, pada pembentangan bajet Jumaat lalu, kerajaan BN, dakwanya menyembunyikan langkah-langkah drastik untuk mendapatkan dana dengan membentangkan bajet defisit 4.7 peratus bagi tahun depan.

NONE
“Yang pasti sistem percukaian baru GST akan diperkenalkan – kemudian kemungkinan besar beban 6 peratus cukai telefon pra-bayar akan ditolak ke bahu rakyat selepas PRU-13 dan lebih banyak subsidi akan ditarik balik sekiranya BN kekal berkuasa selepas PRU-13,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata ‘bajet morfin’ BN itu bersifat kesenangan sementara, manakala kesakitan dan keperitan sebenar akan kembali sejurus selepas kesan morphine hilang.

Lebih parah

“Kali ini keadaan dijangka lebih parah lagi kerana bajet kali ini tidak disertakan dengan langkah-langkah kerajaan untuk menaikkan pendapatannya untuk menampung perbelanjaan sebegitu banyak.

“Lebih-lebih lagi, dalam bajet kali ini PM juga tidak mengumumkan apa-apa cara untuk mengurangkan ketirisan, gejala rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan kronisme yang selama ini hanya menambah keperitan rakyat bawahan,” katanya.

NONE
Menurut Tuan Ibrahim, dari sudut yang lain, rakyat perlu melihat pembentangan bajet itu juga adalah sebahagian daripada kejayaan rakyat mengenakan tekanan kepada kerajaan BN pada pilihan raya umum lalu.

“Kini, Umno BN cuba mendapatkan kembali sokongan rakyat melalui bajet yang kelihatan mengutamakan rakyat; setelah mengabaikan rakyat dengan mementingkan projek mega bagi kroni-kroni berpuluh tahun.

“Kejayaan mengenakan tekanan politik kepada BN mesti diteruskan, kerana seandainya mereka berjaya mengekalkan kuasa selepas PRU-13, segala berita gembira yang ditabur dalam belanjawan akan ditarik balik dalam bentuk cukai GST yang telah diumumkan dan bakal dilaksanakan tatkala majoriti rakyat masih tidak bersedia untuk menghadapinya,” katanya.

Gunakan kuasa

Menurut Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang, untuk mengelakkan kemarahan rakyat menjelang pilihan raya kali ini, Najib juga tidak mengumumkan sebarang peruntukan untuk PERMATA yang diketuai isterinya.

pas handing out leaflets on price hikes 5
“Akan tetapi, rakyat tidak perlu bergembira, yang pasti sekiranya mereka menang PRU-13, peruntukan untuk PERMATA akan diumumkan semula dengan nilai yang lebih besar di dalam bajet susulan.

“Namun, semua langkah ‘menelan’ ini tidak akan diumum sekarang kerana yang penting rakyat dapat ditipu terlebih dahulu untuk mengekalkan mereka di tampuk pemerintahan.

"Yang lain boleh diumum sedikit demi sedikit, kerana selepas itu, rakyat hanya boleh merungut tapi kuasa mereka tidak akan tergugat untuk lima tahun akan datang,” katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, rakyat patut menjadikan pengalaman lampau sebagai iktibar kerana pada setiap kali selesai pilihan raya umum, kerajaan BN akan segera mengisytiharkan kenaikan harga barangan keperluan rakyat.

NONE
“Walau apapun tema belanjawan diberi, rakyat yang telah mengenal tipu muslihat Umno/BN diharap jangan terlalai dalam suntikan morfin ini.

"Terus gunakan kuasa dan peluang yang ada pada PRU-13 bagi membuat perubahan untuk menyelamatkan Malaysia,” katanya lagi.

Sumber: Malaysiakini