|
Katanya, biarpun kumpulan pendesak Melayu, Perkasa memberi amaran untuk menghalang, namun himpunan tersebut tetap akan diteruskan. "Kita akan buat terus, dia (Perkasa) nak buat himpunan itu hak dia," katanya kepada Harakahdaily hari ini. Presiden Perkasa, Ibrahim Ali dalam sidang media di parlimen hari ini memberitahu pertubuhan itu akan melawan habis-habisan himpunan Bersih 2.0 itu. Sambil menyifatkan himpunan itu sebagai "mengacau", Ibrahim turut memberi amaran akan membuat himpunan serupa bagi menghalang himpunan Bersih 2.0 tersebut walaupun terpaksa berlaku pertembungan. Ibrahim, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, juga mendakwa himpunan Bersih itu akan menimbulkan huru hara apabila ada pesertanya membaling batu dan membakar kereta. Membidas kenyataan Ibrahim itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, bukan Perkasa yang menentukan himpunan tersebut huru-hara atau tidak. "Itu kerja polis la nak tentukan aman atau tidak. Datuk Ambiga (Pengurusi Bersih), sudah beri jaminan kita akan buat himpunan secara aman," katanya. Beliau turut memberi contoh himpunan Bersih pertama pada 2007 lalu, menyaksikan himpunan berlangsung secara aman. "Perkasa kalau nak buat juga himpunan, buat hari lain la, kita dah cadang tarikh ni lebih awal lagi," katanya. Declare perang fizikal Seorang lagi AJK Bersih, Dr Mohd Hatta Ramli menyifatkan tindakan Perkasa memberi amaran mahu bertembung dengan peserta himpunan Bersih sebagai tidak wajar. "Kita tak pernah halang Perkasa nak berhimpun. Tapi berhimpun lah untuk memperjuang hak sendiri, bukan sebab nak halang kita semata-mata. "Ini sudah declare perang secara fizikal. Bukan begini caranya, ini cara pengganas," katanya. |
Monday, June 13, 2011
Bersih 2.0 diteruskan walau Perkasa halang
Sunday, June 12, 2011
PAS selesai lantik AJK, Pesuruhjaya
| KUALA LUMPUR, 12 Jun: Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu. Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf. Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat. Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus. "Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara. "Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya. Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim. Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut: Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed Perak- Ust Abu Bakar Husin Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak P.Pinang- Ust Salleh Man Perlis- Ust Hashim Jasin Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad Sarawak- Ust Adam Ahid |
Thursday, June 9, 2011
OFFLine Seketika - Cuti cuti Malaysia
Salam kepada semua....
Maaf kerana offline beberapa hari..... bawa anak-anak gi Negeri Pas di Utara.......
Gi sini aje....

Saturday, June 4, 2011
Muktamar PAS 2011
Hari ke -2 Muktamar PAS berlangsung... cuaca panas terik di luar....Cuba masuk ke dewan kot-kot dapat celus ke dalam, tapi tak boleh sebab bukan perwakilan.....
Nasib baik jumpa petugas dari PAS Gombak yang sudi membantu saya melepasi sekuriti masuk ke media room. Angle baik sikit, saya pun snap lah perjalanan mesyuarat.

Berikut sebahagian dari foto yang sempat dirakam.......
Muktamar PAS 2011
Wakil JPrD Templer bersama Bekas Calun Beting Maro
Unit IT dan Markas Wak Libon
Abang Mat selepas menang bersama Unit IT
Muktamar sedang berjalan...
Tuan Ibrahim... ex warden ana di ITM Seri Manjung...
Media room.....
Gerai-gerai yang penuh dgn macam-macam...
orang kurang sikit sbb panas terik.....
Friday, June 3, 2011
PAS bukan parti bertaraf kampung
Oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik MatBaru-baru ini, saya sempat membelek beberapa akhbar yang menyiarkan laporan muka depan berkenaan pertandingan jawatan-jawatan utama di dalam Muktamar PAS. Calon-calon yang sudah mengesahkan menyertai pertandingan dan tidak kurang juga yang menarik diri dilaporkan secara meluas bahkan mendapat tempat di muka hadapan akhbar.Saya melihat laporan media massa yang meluas ini sebagai satu perkembangan yang menarik.
Bagi saya, ini menunjukkan PAS telah menjadi perhatian ramai. Mustahil jika PAS merupakan parti kecil yang bertaraf kampung dilaporkan secara besar-besaran melalui akhbar harian.
Tentulah banyak mata yang sedang memerhati gerak langkah PAS pada hari ini. Sama ada mata memandang menanti pincangnya langkah atau cantiknya bunga silat, wallahua’lam.
Apa yang penting, PAS bukan lagi menjadi parti yang tersisih dari arus politik perdana. Hal-hal dalaman ‘rumahtangga’ PAS pun dijadikan gosip panas sedangkan apa yang pasti siapa saja yang membarisi kepimpinan PAS, pasti semuanya akan tetap melawan Umno/Barisan Nasional.
Hari ini, istilah ‘ulama’ dan ‘profesional’ dihidupkan kembali oleh akhbar dan media eletronik milik Umno. Kononnya kedua-dua ini adalah inti yang berlawanan antara satu sama lain.
Sedangkan hakikatnya tidak pernah wujud jurang antara ulama atau professional di dalam PAS kecuali jurang yang diada-adakan oleh Umno/BN. Jika pun ada, kedua-duanya tidak lebih melainkan hanyalah caj positif dan caj negatif yang apabila bergabung menjadi arus eletrik cukup kuat untuk memberikan renjatan kepada Umno/BN.
Tidak ada apa yang pelik jika kepimpinan PAS dilatari individu yang datang daripada pelbagai bidang pendidikan dan kemahiran. Di zaman Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda mempunyai latar belakang yang pelbagai. Ada pakar strategi seperti Khalid bin al-Walid, ada penyair seperti Hassan bin Thabit.
Ada ahli korporat seperti Abdul Rahman bin Auf dan tidak kurang juga ahli ilmu seperti Abdullah bin Abbas dan Abddullah bin Umar radhiallahu anhum.
Bahkan jika diteliti sejarah para sahabat Rasulullah SAW yang menjadi khulafa selepas baginda, semuanya datang dari latar belakang yang berbeza.
Abu Bakar RA seorang sahabat yang terkenal dengan kehalusan hatinya, mudah menangis dan menitiskan air mata kerana Allah SWT, berbeza dengan Umar al-Khattab yang agak kental jiwanya, sesuai berdepan dengan kerajaan Rom dan Parsi di zamannya.
Umar juga seorang tokoh pentadbir yang bijak menyesuaikan dasar dengan situasi semasa, lalu lahirlah pada hari ini perbincangan tentang Fiqhu Umar.
Ia merupakan satu mata pelajaran yang saya sempat pelajari sewaktu berada di al-Azhar dahulu.
Oleh yang demikian, tidak ada yang pelik jika dalam PAS, kepimpinannya daripada pelbagai latar belakang.
Profesional itulah golongan ulama, dan ulama dalam PAS itulah profesional. Semuanya menjadi batu bata membentuk benteng kukuh berdepan dengan ombak sekular.
Hari ini, gelombang sekular sedang ganas membadai. Jika dulu, ada gelombang berwarwa biru, hari ini pula ia berwarna merah. Alhamdulillah, di Kelantan saya berharap agar benteng ini teru
s kukuh mempertahankan kerajaan negeri yang ditegakkan di atas dasar Membangun Bersama Islam.
Kita asuh generasi yang ada agar terus kekal dengan perjuangan Islam. Malangnya, usaha kita dituduh meracun pemikiran anak-anak. Hakikatnya, anak-anak muda inilah yang perlu dibentuk dengan pemikiran Islam ketika masih di bangku sekolah.
Jika kita boleh mengajar mereka tentang kesedaran alam sekitar, menjaga kesihatan bahkan pendidikan seks pun dicadangkan diajar untuk pelajar sekolah, apa jijiknya jika pemikiran politik cara Islam diajar agar mereka dapat membezakan intan dan kaca?
Hairan saya, apabila akhbar-akhbar utama yang saban hari menyiarkan maklumat lucah di muka hadapan dan menayangkan cerita-cerita yang menjijik dibenarkan pula memasuki sekolah.
Akhbar terbabit bebas bertebaran di atas meja pusat-pusat sumber sekolah, sebaliknya apabila kita menjemput anak muda membaca al-Quran, kita dituduh meracun? Sungguh rabun mata hati mereka!
Harapan saya, muktamar yang akan diadakan pada minggu hadapan ini akan membuahkan hasil terbaik untuk perjuangan Islam.
Kepada para perwakilan, pilihlah pemimpin yang bertaqwa kepada Allah SWT. Ikhlaskanlah hati, dan letakkanlah pertimbangan semasa memilih di atas neraca iman kepada Allah SWT.
Insya-allah, saya yakin pilihan para perwakilan nanti adalah yang terbaik untuk meneruskan perjuangan PAS di persada politik tanah air.
BB

Subscribe to:
Posts (Atom)