Monday, October 31, 2011

Bekerja seperti pilihan raya minggu ini



GOMBAK, 30 Okt: Ijtimak Tarbawi 2011, Deawan Pemuda PAS Pusat yang berakhir petang tadi melabuhkan tirainya dengan satu komitmen untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada gerak kerja pilihan raya.

Bercakap selepas menyampaikan ucapan penutup petang tadi, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan berkata, anggota dewan itu hari ini pulang dengan semangat berkobar-kobar untuk berkerja seperti 'pilihan raya minggu ini'.

"Apa yang kita dapat dari ijtimak ini akan diteruskan bila balik ke kawasan masing-masing.

"Jentera pemuda akan fokuskan gerak kerja pilihan raya seolah-olah pilihan raya akan dilaksanakan minggu ini. Kita kena 'all out'," katanya kepada Harakahdaily.

Sementara itu, kira-kira 6,000 peserta dari seluruh negeri hadir ke ijtimak kali ini.

Mereka berkampung di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad selama tiga hari sejak Jumaat lalu dengan pelbagai pengisian tarbiah diatur penganjur.

Selain pemimpin utama PAS, peserta juga didedahkan dengan pengalaman jemaah Islam luar negara seperti oleh wakil Hamas dari Palestin dan wakil Ikhwanul Muslimin dari Mesir.

Menyifatkan ianya sebagai mencapai sasaran, Nasruddin berkata ianya akan dijadikan acara tahunan dewan itu.

"Ijtimak ini adalah untuk membentuk pelapis di kalangan pemuda yang utuh prinsip perjuangan Islamnya.

"Kita anggarkan cecah 6,000 yang hadir kali ini sekaligus mencatat sejarah paling ramai berbanding tahun lepas," katanya.

Untuk rekod, Ijtimak Tarbawi kali pertama tahun lalu diadakan di Terengganu.

sumber:- Harakahdaily.net

Thursday, October 27, 2011

Jamuan Perdana Bersama Presiden PAS Tn Guru Dato' Seri Hj Abd Hadi Awang sempena Kutipan Dana Bangunan Pas Negeri Selangor


Anjuran: Lajnah Bangunan & Hartabenda Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Tarikh: 13 November 2011
Masa: 8.00 - 11.00 malam
Tempat: Kompleks Belia, Seksyen 7 Shah Alam

Kepada sesiapa yang berminat untuk hadir dan menginfakkan hartanya bolehlah dengan membeli kupon2 @ tiket2 Jamuan Perdana tersebut.

Sebarang sumbangan atau pembayaran bolehlah dibuat atas maklumat berikut:

Nama: BANGUNAN PAS NEGERI SELANGOR
NO AKAUN : BANK ISLAM (1203 801 010 5506)

Maklumat detail spt dalam Kupon di atas atau boleh menghubungi Hj Suhaimi 019-3270110 @ Liyana 03-55447625 @ Hj Mohamad Abd Rahman 0136347137 @ Zahiri 019-2983916


Ekspedisi Jejak Veteran PAS & Bangunan PAS Selangor

Temuramah Bersama Veteran2 Pas Selangor



Rumah Veteran Pas Selangor - Awang Ansari (tiada dirumah ketika kunjungan)

Ahli Perhubungan Negeri PAS Selangor, Tn Hj Mohamad Abd Rahman bersama dengan AJK2 Bangunan PAS Negeri Selangor telah memulakan suatu penjejakan atau pencarian veteran2 PAS Negeri Selangor yang selama ini telah banyak menabur bakti. Mereka2 ini ramai yang telah dikesampingkan mutakhir ini setelah kemenangan diperolehi. Veteran2 ini yang telah banyak berjasa semasa era kebangkitan Pas di Selangor semenjak era tahun 1980-an lagi.

Jejak Veteran ini dijalankan bagi mendokumentasikan sejarah Pas di Negeri Selangor secara amnya dan Bangunan Pas secara khususnya. Oleh yang demikian, Group Jejak Veteran ini telah memulakan pencarian di Bangunan Pas Selangor yang lama di Sementa, Klang yang telah banyak berjasa sebelum ini.

Pelbagai maklumat dan info diperolehi daripada veteran2 Pas yang dijumpai semasa ekspedisi jejak veteran tersebut. Semuanya akan didokumentasikan dan dipersembahkan di Majlis Makan Malam sempena kutipan dana Bangunan Pas Selangor yang akan dijalankan pada 13 November nanti di Kompleks Belia dan Sukan, Sekseyn 7 Shah Alam.

Bangunan Pas Negeri Selangor suatu ketika dahulu

Pintu Gerbang

Bilik Gerakan - pernah mencatit pelbagai sejarah Pas Negeri Selangor





Tuesday, October 25, 2011

Happy Deepavali


Happy Deepavali diucapkan kepada seluruh masyarakat dan pengundi berbangsa India yang berada di dalam Dun Taman Templer umumnya dan di seluruh negara amnya. Semoga perayaan kali ini lebih menceriakan anda semua.

Ikhlas drpd Tn Hj Mohamad Abd Rahman, Penyelaras DUN Taman Templer.

Sumbangan Deepavali kepada Masyarakat India




Tarikh: 20 Oktober 2011
Tempat: Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer
Dirasmikan oleh: Tn Hj Mohamad Abd Rahman, Penyelaras DUN Taman Templer
Tetamu & Penerima: Masyarakat India pengundi di Dun Taman Templer yang akan menyambut perayaan Deepavali

Makan Malam Kutipan Derma PRU 13 Parlimen Selayang Anjuran PKR




Tarikh: 8 Oktober 2011
Masa: 8.00 mlm
Tempat: Tapak Pasar Selayang Jaya
Kehadiran: Penyelaras DUN Taman Templer Tn Hj Mohamad Abd Rahman, Ahli Parlimen Selayang YB William Leong, YB Gan Pei Nei, YB Elizebeth Wong, YB Nurul Izzah dan ramai lagi.

Lawatan Rasmi MB Sempena Program Pemerkasaan Desa & Pelancaran Selangorku




Tarikh: 8 Oktober 2011
Tempat: Program di Dewan Taman Bolton, Gombak.
Masa: 12 tgh hingga 3 petang
Kehadiran : MB, Exco2, Penyelaras2 DUN, DO, Pegawai2 Pejabat Tanah, MPS, Ketua2 Kampung, JKP dan orang ramai.

Sumbangan SMUE di Dewan Selayang Segar




Seramai hampir 100 orang warga emas dan orang kurang upaya (OKU) menerima sumbangan daripada Penyelaras DUN di Dewan Selayang Segar pada 10 Oktober yang lalu. Penerima terdiri daripada pelbagai bangsa.

Sunday, October 23, 2011

Aktiviti Setempat - Penyelaras DUN

Penyelaras DUN Tmn Templer Hj Mohamad Abdul Rahman telah menghadiri Forum Hari Arafah di Surau Ad Diniyyah BBS 2A yang menampilkan Ust Ismail Kamus dan Ust Sallehen Muhyi sebagai ahli panel.



Forum Hari Arafah menjelang Eidul Adha.......


Bersama Ust Ismail Kamus, Ust Sallehen Muhyi dan AJK Surau Ad Diniyyah BBS2A.....


Tahnik anak seorang jemaah...


Hidangan kambing selepas program di rumah Pengerusi Surau Ad Diniyyah......



Menziarahi Ketua Cawangan BBS 2A yang uzur.......

Saturday, October 22, 2011

Media Baru - Get Online.... Stay Online.......


Penerimaan blog dan media baru yang dapat menyalurkan maklumat kepada ratusan ribu orang dalam masa yang singkat merupakan cabaran dan ancaman baru kepada parti-parti politik. Kesan dan impak dalaman dan luaran ekoran kepantasan komunikasi dan maklumat yang disalurkan portal media sosial kian meningkat.

Kewujudan internet hasil dari penyatuan teknologi pengkomputeran, komunikasi dan penyiaran menandakan bermulanya era maklumat atau information age yang sebenar. Kehadiran web blog, fb, tweet, youtube, webtv dan lain-lain memberi kesan besar terhadap maklumat yang selama ini sentiasa berat sebelah kepada parti pemerintah.

Fakta:

Media - media baru, forum maya dan portal web telah dimanfaatkan spenuhnya oleh generasi muda (40 tahun ke bawah) untuk menarik ratusan ribu hadirin dalam sekelip mata.

Contoh:



Bersih 2.0 tarikh 9 July 2010.. dalam masa sehari....

22 jam Bandaraya Kuala Lumpur dikunci
50,000 Peserta
191,190 Pengguna Twitter Users dengan 853,373 tweet
2,656 Pengguna Twitter muatnaik 1,316 gambar
1,600 video diupload ke Youtube
1667 ditangkap

Fakta di atas membuktikan peranan jaringan sosial tidak boleh dipandang remeh. Ayuh... move forward.......Get online......stay online.....

Wednesday, October 19, 2011

Ada sesuatu tidak kena dengan Himpun

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam pada Sabtu ini.

Perhimpunan tersebut adalah anjuran NGO Islam yang akan membawa isu-isu Islam untuk diperjuangkan bersama oleh umat Islam.

Walaupun tujuan murni perhimpunan bawah tema memelihara aqidah umat Islam adalah sesuatu yang wajar namun demikian, namun beliau berhak untuk berasa bimbang perhimpunan akan lari dari hasrat murni penganjur.

“Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena pada perhimpunan ini bukan kerana usaha mengumpulkan sejuta umat tetapi persolannya ialah sifatnya yang mungkin mengancam usaha-usaha keharmonian hubungan antara agama di negara ini,” ujarnya yang juga Pengerusi Dialog Antara Agama Rantau Asia Tenggara kepada Harakahdaily.

Beliau menggariskan lima alasan untuk berasa khuatir dalam konteks hubungan antara agama di negara ini.

Katanya, perhimpunan itu diadakan dalam suasana hubungan antara agama di negara ini dalam keadaan rapuh dan apa sahaja suasana permusuhan tidak akan membantu usaha usaha mewujudkan keharmonian hubungan antara agama di negara ini.

Di samping itu, ujarnya perhimpunan itu dikhuatiri akan dieksploitasikan oleh pihak tertentu yang sememangnya mahu mencetuskan keadaan tegang dalam hubungan antara agama.

“Lebih buruk ia dikhuatiri satu perancangan jahat yang menjadi agenda parti yang terdesak untuk terus berkuasa dengan cara mencetuskan ketegangan,” ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Selain itu, tambahnya dikhuatiri nama baik Islam tercemar dan sekaligus membawa imej Islam sebagai agama permusuhan dan menggalakkan benci membenci antara satu sama lain.

Baginya, tema memelihara aqidah tidak salah tetapi mempersoalkan apakah dengan sekadar perhimpunan akan menyelesaikan masalah.

Bukankah, katanya dialog antara agama adalah lebih berkesan untuk menegaskan sikap Islam kepada pemurtadan dan isu-isu sensitif yang lain.

“Dan akhirnya saya merakamkan rasa kesal saya terhadap pihak polis yang double standard memberikan permit dalam perhimpunan ini dan melarang Bersih untuk berhimpun dalam bilangan peserta yang lebih kecil.

“Jelas ia satu sikap yang di bawah telunjuk pihak tertentu,” katanya.


Sumber: harakahdaily.net

PAS tak akan sertai perhimpunan anti murtad

PAS memutuskan tidak akan menyertai Perhimpunan Sejuta Umat atau HIMPUN yang tujuannya bagi menyelamatkan akidah umat Islam Sabtu ini.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat biro politik parti Islam itu dalam mesyuarat di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pada Selasa malam.

hadi awang and mustafa ali pas pc"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri).

Penganjur acara itu pada Selasa memberi jaminan HIMPUN tidak mempunyai kaitan politik ataupun akan digunakan bagi menyerang mana-mana kumpulan.

Secara khusus, pengerusi bersama himpunan itu Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia tiada kaitan dengan beberapa ahli politik kontroversi - Datuk Zulkifli Noordin, Ezam Mohd Noor dan Datuk Ibrahim Ali.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat itu, Hadi berkata, PAS memperingatkan pihak yang terlibat bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama.

NONE"Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak," katanya lagi.

Dalam masa yang sama, katanya, PAS memandang berat usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

"Agenda menyelamatkan akidah merupakan agenda murni tetapi ia mesti diurus dengan cara berhemah," kata Hadi.

Beliau juga menegaskan PAS menyokong segala usaha sebegitu tetapi berpendirian bahawa pengukuhan akidah hendaklah dilaksanakan "menerusi jalan dakwah secara damai".

Ia sebagaimana Islam diterima masyarakat rantau ini secara damai, tambahnya.

Sumber: malaysiakini.com

Tuesday, October 18, 2011

Bayi Ditemui Mati Dikelar Di Asrama Sekolah


Betong: Seorang bayi perempuan yang dipercayai dilahirkan kurang daripada 24 jam lalu, ditemui mati dengan kesan kelaran di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah, di sini, Isnin.

Gambar: ANGGOTA polis membawa mayat bayi perempuan yang dikelar sehingga mati oleh seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Betong. (17/10/2011) -hm

Pemangku Ketua Polis Daerah Betong ASP Hendry Nyuhai berkata susulan kejadian itu, polis menahan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 9.15 pagi tadi bagi membantu siasatan.

"Selepas menerima laporan daripada pihak sekolah, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Betong ke lokasi kejadian dan menemui seorang bayi perempuan yang sudah meninggal dengan beberapa kesan luka di bahagian leher, perut dan belakang badan," katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau berkata mayat bayi malang itu ditemui terbaring bersebelahan katil pelajar perempuan berkenaan.

Katanya polis turut merampas sebilah pisau yang ditemui disorokkan dalam selimut di tempat kejadian.

Pelajar perempuan itu dihantar ke Hospital Umum Betong bagi mendapat rawatan, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -BERNAMA

p/s: Inilah akibatnya apabila hudud dikesampingkan....

Monday, October 17, 2011

Mengunjungi Veteran PAS

Semasa di program Gerak Gempur Selayang Indah, JPrd Tmn Templer bersama Penyelaras DUN, Hj Mohamad bin Abdul Rahman sempat mengunjungi veteran PAS , Hj Ayus bin Musa dirumah beliau.

Beliau pernah bertugas di dalam PAS sebagai Bendahari Pemuda PAS Pusat di zaman Dr Burhanuddin Helmy dan no keahlian PAS ialah 00008, di awal penubuhan PAS sekitar tahun 1951.

Beliau sekarang bergerak di atas kerusi roda di umur 75 tahun akibat sakit saraf di spinal. Foto di bawah:-







Program Gerak Gempur - Selayang Indah

Setelah berehat di bulan AidilFitri, kita bergerak lagi utk program GerakGempur JPrD Tmn Templer di Selayang Indah. Kehadiran petugas yang dikira ok juga degan 7 kumpulan bergerak ke zon-zon yang ditetapkan.

Kehadiran penyelaras DUN, Tuan Haji Mohamad Abdul Rahman mengetuai AL-Malak mengunjungi rumah-rumah imam, bekas ketua bagi merapatkan ukhwah.

Terima kasih kepada petugas-petugas yang meluangkan masa utk kerja-kerja Islam yang tidak mengenal letih di bawah bahang mentari pagi. Jzk.




Tuesday, October 11, 2011

Bob Lokman ditahan JAIS

Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi, dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Penulis lirik 'lagu berhantu' Isabella itu ditahan ketika berucap selepas solat Maghrib di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat.

NONEMereka dibawa ke balai polis berdekatan sebelum dilepaskan kemudiannya.

Turut ditahan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan dan nazir masjid itu hadir ketika majlis berlangsung.

Bob yang juga cucu ulama terkenal Kelantan Tok Kenali ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan penahanannya malam tadi tetapi engan mengulas lanjut pada masa ini.

Ketiga-tiga mereka dijadual memberikan kenyataan kepada JAIS di pejabat agama daerah Hulu Langat sebelum tengah hari ini.

Sementara itu, Mohd Sany ketika dihubungi Malaysiakini berkata, ketika insiden malam tadi, kira-kira 20 anggota penguatkuasa jabatan itu dan beberapa orang polis hadir bagi tujuan itu.

"Ketika Bob bercakap mereka tidak buat apa-apa. Bila habis dan solat Isyak baru (kami) ditahan," katanya sambil menafikan bertazkirah atau menyentuh soal politik.

Jawab yang berkaitan sahaja

Menurut Mohd Sany, Bob cuma menceritakan kisah hidupnya sebagai anak kampung yang bergelumang dalam dunia hiburan sebelum mendekatkan diri kepada agama.

"Beliau tidak sebut langsung (soal) PAS-Umno. Tetapi penguatkuasa tetap kata, ini titah Sultan," jelas Mohd Sany.

200211 bob lokman kerdauJAIS bulan lalu menegaskan keputusan tidak mengeluarkan tauliah kepada ahli politik -- arahan yang didakwa selaras dengan titah Sultan Selangor supaya masjid dan surau tidak dijadikan tempat berpolitik.

Sementara itu, Mohd Sany berkata, beliau awal petang ini selesai memberikan keterangan kepada JAIS di Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Kajang.

Katanya, Bob tidak hadir untuk sesi itu kerana difahamkan selebriti terkenal itu "tidak sihat".

"Kita sudah selesai. Kita dilepaskan dan tengok tindakan JAIS selanjutnya," katanya yang tidak pasti status kehadiran nazir masjid itu.

Bagaimanapun, dalam sesi itu, seorang penceramah lain yang turut berucap dalam majlis malam tadi - Fakrurazi Mokhtar - hadir secara sukarela bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah JAIS Marzuki Hussin dilapor mengesahkan penahanan Bob dibuat kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah dan "tidak pernah memohon tauliah" daripada jabatan itu.

Bob ditahan bawah Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

Februari lalu, Bob mengejutkan banyak pihak dengan berkempen membantu calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau dan terus aktif berceramah selepas itu.

Kerajaan Negeri Menghormati Titah DYMM Sultan Selangor

SHAH ALAM 10 OKTOBER - Kerajaan Negeri menghormati titah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung laporan pemeriksaan terhadap Dream Center di Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan akhbar menjelaskan keputusan yang diambil DYMM Sultan Selangor merupakan satu keputusan yang terbaik dan perlu diterima oleh pihak.

“Kerajaan Negeri yakin dan percaya, titah baginda ini adalah keputusan terbaik dan adil serta mengambil kira keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini dan Malaysia amnya.

“Sebagai rakyat Selangor, kita mesti menghormati dan menerima titah ini dengan hati terbuka dan positif kerana baginda adalah ketua negeri dan tempat masyarakat berbilang kaum berlindung,” katanya.

Pada 3 Ogos lalu, kira-kira 30 anggota polis dan penguatkuasa Jais memeriksa Gereja Damansara Utama (DUMC) setelah mendapat maklumat adanya cubaan memurtadkan orang Islam di satu majlis makan malam anjuran Komuniti Harapan.

Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum.

Dalam serbuan itu, JAIS dilaporkan telah memeriksa 12 individu beragama Islam yang turut hadir dalam program anjuran Harapan Komuniti.

Bagaimanapun, ia dinafikan oleh DUMC dan Komuniti Harapan.

Menurut mereka, majlis tersebut adalah acara mengutip derma bagi pesakit AIDS.

Menteri Besar menambah, Kerajaan Selangor tidak akan menoleh ke belakang lagi disebabkan isu ini, sebaliknya isu ini memberi kesedaran tentang keperluan untuk mengukuhkan penguatkuasaan Jais serta pengumpulan bukti.

Justeru, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan dalam mengukuhkan Standard Operating Procedure (SOP) di JAIS agar dapat memantau cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam dengan teliti dan berkesan.

“Jawatan kuasa khas ini akan dianggotai tokoh perundangan dan pakar agama selain pegawai kanan kerajaan yang mana nama-nama mereka ini akan diumumkan kelak,” katanya.


*sumber http://www.selangorkini.com.my/my/berita/34906

Monday, October 10, 2011

Hu nafi ugut bawa DHPP tinggalkan PAS

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw menafikan berita yang mendakwa sayap itu enggan menyokong parti itu jika hukum hudud dilaksanakan.

Sehubungan itu, beliau juga menafikan membuat ancaman untuk meninggalkan PAS seperti yang disiarkan oleh akhbar berbahasa Melayu, Sinar Harian hari ini.

pas forum 170609 hu pang chaw 02
"Sebagai salah seorang pengasas kelab penyokong PAS yang kini menjadi DHPP, tidak ada sebab saya buat demikian.

"Ia umpama rumah yang dibina dengan duit, masa dan tenaga saya tiba-tiba dibakar oleh saya sendiri atas sebab bocor sikit di dapur," kata Hu (kanan) yang dipetik oleh Harakahdaily, hari ini.

Sinar Harian hari ini menyiarkan di halaman utama dengan laporan kononnya 20,000 ahli DHPP akan meninggalkan PAS jika hukum hudud dilaksanakan.

“Saya bukan nak cabar parti. Kalau saya tak suka pada Pas, saya sudah lama keluar dan tubuh parti baru. Saya juga bukan tolak hudud tetapi saya mahu kepimpinan Pas beri perhatian kepada perkara-perkara lain sebelum fikir nak laksanakan hudud,” katanya.

Hu juga dipetik berkata, beliau sudah menjelajah ke banyak negeri dan rata-rata penyokong pembangkang yang bukan Islam bertegas menolak hudud.

“Jadi PAS tidak boleh buat main-main dengan perkara ini. Selama ini, orang bukan Islam sokong PAS kerana sangka parti ini adalah yang terbaik, serasi dengan mereka. Tiba-tiba mahu buat hudud pula. Ini yang mereka tak boleh terima,” katanya.

Sumber: Malaysiakini

PAS jangka rakyat akan ditekan selepas PRU-13

PAS menjangkakan beberapa kaedah pencukaian baru akan dikenakan ke atas rakyat manakala subsidi yang dinikmati sekarang akan ditarik balik selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata segala apa yang diberi pada bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kononya atas nama ‘negara berkebajikan ala Umno BN’ hanya bertujuan untuk melalaikan rakyat.

“Apa yang diberi akan ditelan kembali selepas PRU-13 jika mereka terus berkuasa selepas PRU-13, kerana suka ataupun duka, rakyat terpaksa duduk di bawah kerajaan BN untuk lima tahun lagi sebelum ada peluang untuk mengundi mereka keluar,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau yakin sistem pencukaian baru akan diperkenalkan manakala subsidi yang dinikmati oleh rakyat sekarang akan ditarik selepas pilihan raya umum akan datang.

Lebih-lebih lagi, pada pembentangan bajet Jumaat lalu, kerajaan BN, dakwanya menyembunyikan langkah-langkah drastik untuk mendapatkan dana dengan membentangkan bajet defisit 4.7 peratus bagi tahun depan.

NONE
“Yang pasti sistem percukaian baru GST akan diperkenalkan – kemudian kemungkinan besar beban 6 peratus cukai telefon pra-bayar akan ditolak ke bahu rakyat selepas PRU-13 dan lebih banyak subsidi akan ditarik balik sekiranya BN kekal berkuasa selepas PRU-13,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata ‘bajet morfin’ BN itu bersifat kesenangan sementara, manakala kesakitan dan keperitan sebenar akan kembali sejurus selepas kesan morphine hilang.

Lebih parah

“Kali ini keadaan dijangka lebih parah lagi kerana bajet kali ini tidak disertakan dengan langkah-langkah kerajaan untuk menaikkan pendapatannya untuk menampung perbelanjaan sebegitu banyak.

“Lebih-lebih lagi, dalam bajet kali ini PM juga tidak mengumumkan apa-apa cara untuk mengurangkan ketirisan, gejala rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan kronisme yang selama ini hanya menambah keperitan rakyat bawahan,” katanya.

NONE
Menurut Tuan Ibrahim, dari sudut yang lain, rakyat perlu melihat pembentangan bajet itu juga adalah sebahagian daripada kejayaan rakyat mengenakan tekanan kepada kerajaan BN pada pilihan raya umum lalu.

“Kini, Umno BN cuba mendapatkan kembali sokongan rakyat melalui bajet yang kelihatan mengutamakan rakyat; setelah mengabaikan rakyat dengan mementingkan projek mega bagi kroni-kroni berpuluh tahun.

“Kejayaan mengenakan tekanan politik kepada BN mesti diteruskan, kerana seandainya mereka berjaya mengekalkan kuasa selepas PRU-13, segala berita gembira yang ditabur dalam belanjawan akan ditarik balik dalam bentuk cukai GST yang telah diumumkan dan bakal dilaksanakan tatkala majoriti rakyat masih tidak bersedia untuk menghadapinya,” katanya.

Gunakan kuasa

Menurut Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang, untuk mengelakkan kemarahan rakyat menjelang pilihan raya kali ini, Najib juga tidak mengumumkan sebarang peruntukan untuk PERMATA yang diketuai isterinya.

pas handing out leaflets on price hikes 5
“Akan tetapi, rakyat tidak perlu bergembira, yang pasti sekiranya mereka menang PRU-13, peruntukan untuk PERMATA akan diumumkan semula dengan nilai yang lebih besar di dalam bajet susulan.

“Namun, semua langkah ‘menelan’ ini tidak akan diumum sekarang kerana yang penting rakyat dapat ditipu terlebih dahulu untuk mengekalkan mereka di tampuk pemerintahan.

"Yang lain boleh diumum sedikit demi sedikit, kerana selepas itu, rakyat hanya boleh merungut tapi kuasa mereka tidak akan tergugat untuk lima tahun akan datang,” katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, rakyat patut menjadikan pengalaman lampau sebagai iktibar kerana pada setiap kali selesai pilihan raya umum, kerajaan BN akan segera mengisytiharkan kenaikan harga barangan keperluan rakyat.

NONE
“Walau apapun tema belanjawan diberi, rakyat yang telah mengenal tipu muslihat Umno/BN diharap jangan terlalai dalam suntikan morfin ini.

"Terus gunakan kuasa dan peluang yang ada pada PRU-13 bagi membuat perubahan untuk menyelamatkan Malaysia,” katanya lagi.

Sumber: Malaysiakini

Thursday, October 6, 2011

Bukan Islam makin fahami hukum hudud

KOTA BHARU, 5 Okt: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kelantan melahirkan rasa kesal kenyataan pemimpin Umno dan pihak tertentu cuba menakutkan masyarakat bukan Islam terhadap hukum hudud.

Ketuanya, Lim Guan Seng berkata, isu hudud sengaja dibangkitkan mereka semata-mata bagi menimbulkan kekalutan politik terutamanya di Kelantan.

Katanya, biar pun pelbagai usaha dilakukan bagi memburukkan hudud, namun orang ramai terutamanya masyarakat bukan Islam semakin faham.

”Pada pandangan kami mereka sengaja mengungkitkan isu tersebut sedangkan sudah 18 tahun rakyat Kelantan diberi penerangan mengenai hudud,” katanya di sini.

Menurutnya juga DHPP Kelantan mengambil sikap proaktif mengadakan taklimat dan program-program penjelasan berkaitan hukum Hudud kepada masyarakat bukan Islam.

“Kami juga akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada PAS dan mana-mana NGO bagi menjelaskan isu ini kepada masyarakat bukan Islam supaya mereka tidak mudah dimanipulasikan pihak tidak bertanggungjawab,” ujar beliau.

Ibu pergi pejabat ke pejabat tagih simpati

"Hanya semata-mata untuk memberi makan kepada keluarga dan merawat anaknya yang sakit, seorang ibu terpaksa menebalkan muka, pergi dari satu pejabat ke satu pejabat untuk menagih simpati mereka yang sudi membantu.Rohariza Che Lah, 32, tidak bekerja serta mempunyai 3 orang anak, telah berbuat demikian sejak anak bongsu kesayangannya Mohamad Shahrul Danish Hisham, 2 tahun telah disahkan mempunyai masalah jantung di Hospital Sultanah Bahiyah.

Anaknya memerlukan rawatan yang kerap yang dia tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan pergi balik dan segala yang berkaitan.

Rohaiza dan keluarganya meneruskan kehidupan dengan bantuan jirannya yang prihatin, menyewa di sebuah bilik yang sempit dengan sewa RM80 sebulan.

Suaminya , Hisham Zainol, 36, tidak mampu melakukan kerja berat setelah terbabit dalam kemalangan jalanraya tujuh bulan yang lalu.

Bilik yang saiznya hanya satu meter lebar dan enam meter panjang adalah tempat mereka sekeluarga tidur, masak, makan dan berehat. Mereka meminjam tandas dan bilik mansi jiran bila ada keperluan.

Rohaiza sebelum ini bekerja di restoran dengan upah RM10 sehari, sebelum kelahiran anak bongsunya dan suaminya bekerja di sawah bendang ketika itu. Tapi sekarang dia perlu berada di rumah menjaga keluarga, manakala suaminya melakukan kerja ringan dengan upah yang sedikit.

Beliau ada memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi belum mendengar apa-apa maklum balas.

Kepada sesiapa yang ingin membantu keluarga ini, bolehlah berjumpa mereka di bilik sewaan mereka di No. 140, Jalan Bunga Raya, Tongkang Yard, Alor Star, kerana mereka tidak mempunyai telefon dan akaun bank.


Ulasan:- Kerajaan PAS Kedah terutamanya wakil2 rakyat tolong2lah tgk sikit berkenaan dengan perkara ini.

Sumber: tranungkite.net

Wednesday, October 5, 2011

Aduuui... Di Selayang, Ada Bayi Dicampak Melayang Masuk Longkang


Bayi sendiri diperlakukan bagaikan sampah apabila seorang gadis berusia 19 tahun tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan ke dalam longkang dari tingkat dua Flat Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru di sini semalam.

Mayat bayi perempuan malang itu ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 7 pagi yang kebetulan melalui kawasan itu.

Ibu bayi itu yang mendakwa panik sebaik melahirkan anak di dalam tandas bertindak mencampak bayinya ke dalam longkang menerusi tingkap.

Ketika ditemui, bayi yang dalam keadaan bogel dan mempunyai kesan cedera di kepala itu berada dalam keadaan tertiarap di dalam longkang berkenaan.

Bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, susulan penemuan mayat bayi dalam keadaan menyayat hati itu, polis menahan seorang gadis berusia 19 tahun yang tinggal di flat tersebut.

Menurut beliau, gadis itu belum berkahwin dan polis mengesyaki dia mengandung angkara hubungan sulit dengan teman lelakinya.

“Suspek yang bekerja sebagai pelayan restoran itu mengaku melahirkan bayi berkenaan di dalam tandas rumahnya pada pukul 4 pagi ini (semalam).

“Suspek mendakwa ketika dilahirkan, bayi terbabit sudah tidak bernyawa menyebabkan dia membuang anaknya itu ke dalam longkang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber: kosmo