Monday, August 22, 2011

GerakGempur ke 4 BBS Selatan

Salam kepada semua, siang Ahad berlangsung Program Gerak Gempur ke 4 memfokuskan Daerah Mengundi BBS Selatan. Lawatan ke hampir 150 rumah di Apartmen Dahlia. (Kubu Umno katanya...). Berikut foto yg disnap walaupun tekak kering di waktu tengahari puasa ke 21.



















Sunday, August 14, 2011

Program Gelombang Hijau Dun Templer

Salam kepada semua. Rasanya dah lama tak update blog. Ramadan kali ni sibuk sikit.

14 Ogos 2011 telah berlangsung Program Konvoi Ramadan Kembara Gelombang Hijau oleh PAS Selangor dan di peringkat DUN Tmn Templer dilaksanakan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Selayang diketuai oleh Hj Faahkaruddin. Sumbangan Hari Raya telah disampaikan kepada golongan yang memerlukan dan edaran SelangorKini dan Selangor Times serta Buku Jingga oleh konvoi di Selayang Mall dan Mydin Selayang.

Cuaca panas.......Tahniah kepada semua.


Berikut rakaman foto-foto program tersebut.


























Wednesday, August 3, 2011

PAS: 1,100 PR dalam daftar pengundi S'gor


PAS mendakwa telah mengesan lebih 1,000 penduduk tetap (PR) di Selangor, yang telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih yang layak mengundi, dan ini, menurut parti itu, mengukuhkan dakwaan bahawa masalah itu mungkin lebih daripada setakat 'kecuaian teknikal' Jabatan Pendaftaran Negara.

Selepas mengenalpasti kehadiran orang asing dalam senarai pemilih yang yang pengundi di Selangor, badan pemantau pilihan raya Pemuda PAS negeri itu, menggesa ahli di negeri-negeri lain supaya meneliti daftar tambahan pengundi yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya itu (EC) di kawasan masing-masing.

"Di Selangor ada lebih kurang 1,100 nama penduduk tetap (PR) ini sedang dibantah oleh pihak PAS negeri dan PAS negeri-negeri lain juga diharapkan dapat meneruskan bantahan yang serupa," kata pengarah jabatan pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzah.

Semalam, PAS Wilayah Persekutuan mendakwa telah mengesan 52 kes penduduk tetap disenarai sebagai pengundi apabila mengemukakan bantahan kepada SPR Wilayah Persekutuan.


sumber:Malaysiakini

Monday, August 1, 2011

Asri Kuang meninggal dunia




SELAYANG, 31 Julai: Aktivis PAS Selayang, Asri Ahmad, 31 tahun, meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang petang ini di Hospital Selayang.

Beliau meninggalkan seorang isteri dan dua anak yang masih kecil.

PAS dan Pakatan Rakyat Selayang kehilangan seorang aktivis yang komited dengan perginya Asri.

Janazah beliau disolatkan di Masjid Islahiah, Kuang selepas solat Asar.

Asri antara tahanan awal kes Bersih 2.0 sedang dalam proses perbicaraan selepas ditahan polis kerana memiliki beberapa helai baju Bersih dengan dakwaan mengedarkan baju pertubuhan yang diharamkan.

Beliau telah didakwa di mahkamah dan dibebaskan dengan ikat jamin.