Di sepanjalanan perjalanan menuju kesana dapat di perhatikan banyak kesan kemusnahan akibat pertempuran yang berlaku antara tentera rejim Muamar Gaddafi dengan ‘tentera rakyat’ yang bangkit menentang rejim Gaddafi.
Di Kota Benghazi, kebangkitan ribuan anak-anak muda yang keluar beramai-ramai ke jalan-jalanraya secara aman bagi membantah kekejaman rejim Muammar Gaddafi akhirnya telah berjaya menumbangkan pentadbiran tentera yang setia kepada Gaddafi dengan hanya dengan kuasa rakyat. Mereka menceritakan kepada saya bagaimana pasukan keselamatan Gaddafi telah bertindak ganas dengan menembak secara membabi buta ribuan penunjuk perasaan dan mereka yang menyertai perarakan pengebumian di timur bandar Benghazi berikutan kebangkitan rakyat. Dalam kejadian itu sahaja adalah dianggarkan lebih dari 100 rakyat awam telah ditembak secara kejam. Ini telah membangkitkan lagi rasa kemarahan rakyat dan akhirnya dengan kebangkitan kuasa rakyat telah berjaya menumbangkan pentadbiran Gaddafi dari kota Benghazi.
Menurut pegawai perubatan dan kumpulan hak asasi manusia yang sempat di temui dalam kunjungan singkat ini, sejak kebangkitan rakyat berlaku di seluruh Libya adalah di anggarkan lebih 2000 penduduk awan telah terbunuh dan lebih 5000 orang awam yang kini menjadi tahanan di bawah tentera Gaddafi. Di dua hospital terbesar di Kota Benghazi, kini mereka berhadapan dengan kekurangan ubat dan kelengkapan perubatan bagi menampung mereka yang tercedera dalam pertempuran yang berterusan di bandar-bandar yang berdekatan dengan Benghazi. Kota Misrata yang terletak di barat Benghazi kini menjadi medan pertempuran yang sengit antara tentera rakyat dan tentera rejim Gaddafi. Ramai rakyat awam yang cedera terpaksa di pindahkan dan kini di tempatkan di hospital Benghazi. Doktor-doktor dan pegawai perubatan terpaksa bekerja siang dan malam bagi menyelamatkan nyawa ratusan rakyat awam yang tercedera akibat serangan berterusan tentera Gaddafi.
Di Benghazi kami telah di sambut oleh pegawai tingggi kerajaan sementara pembebasan Libya yang yang di ketuai oleh Dr Ibrahim Berazi yang juga merupakn bekas wakil khas Gahadafi di Benghazi. beliau adalah antara pegawai tinggi tentera yang pertama bertindak menyertai kebangkitan rakyat dan mengetuai ‘tentera rakyat’ yang beliau latih sendiri. Di bawah kepimpinan beliau bersama dengan pelbagai kepimpinan masyarakat, mereka kini telah menguasai seluruh bandar tersebut dari tangan tentera rejim Gaddafi. Walaupun serba kekurangan dan sentiasa menghadapi ancaman serangan dari tentera Gaddafi, semangat yang di tunjukkan oleh mereka adalah amat tinggi dan matlamat utama mereka adalah membebaskan rakyat Libya dari negara dari kekejaman rejim Gaddafi yang telah memerintah lebih 40 tahun secara kuku besi.
Saya terus bertanya kepada kepada Dr Ibrahim kenapa sekarang rakyat bangkit menentang rejim yang dianggap kejam dan tidak bertoleransi terhadap sebarang bentuk kritikan dan ancaman terhadap pemerintah Gaddafi. beliau menjawab secara terus terang bahawa; "dengan semangat kebangkitan yang berlaku di Tunisia dan Mesir, anak-anak muda kami telah secara spontan turun kejalan-jalanraya bagi mennutut hak dan kebebasan mereka. Ribuan dari mereka keluar berdemonstrasi secara berani walaupun mereka tahu akan menghadapi ancaman tangkapan dan penjara serta di bunuh. Ynag penting ‘rasa takut’ mereka telah hilang demi mengembalikan maruah dan kebebasan mereka".
Dr Ibrahim juga menyatakan bahawa kini Benghazi ditadbir di bawah kerajaan sementara yang menubuhkan ‘majlis syura kepimpinan negara’ yang di wakili oleh pimpinan masyarakat serta wakil-wakil kabilah yang berpengaruh. Segala urusan harian kerajaan di Benghazi di tadbir di bawah majlis ini dengan bantuan serta sokongan majoriti rakyat jelata di seluruh Benghazi. Begitu juga dengan sokongan setra dokongan yang tidak berbelah bagi dari kalangan para ulama dan cendikiawan di sana. Malahan seluruh lapisan masyarakat di Benghazi telah memberikan kerjasama yang baik walaupun mereka menghadapi pelbagai ancaman serta serba kekurangan akibat konflik yang berlaku.
Kami juga sempat bertemu dengan Kolonel Muhamad Al-Libby yang kini memimpin urusan keselamatan dan pertahanan di Benghazi. Beliau kini memimpin ‘tentera rakyat’ yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, dari petani dan buruh kepada pensyarah dan doktor. Saya terus bertanya kepada beliau, apa sikap rakyat di Benghazi dengan campurtangan tentera asing bagi menjatuhkan rejim Gaddafi melalui ‘Operasi Odyssey Dawn’ dengan alasan mahu memaksa Gaddafi menghentikan serangan ke atas rakyatnya sendiri? Beliau terus menjawab dengan tegas bahawa, "kami tidak sekali-kali mahukan Libya menjadi seperti Afghanistan atau Irak dengan campurtangan dan penjajahan tentera asing di sana. Bagi kami mandat Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi menyelamatkan rakyat Libya dari pembunuhan beramai-ramai tentera rejim Gaddafi serta mengenakan tekanan ketenteraan bagi memastikan Gaddafi meletakkan jawatan sudah memadai. Kebebasan negara Libya adalah hak kami dan kami akan terus berjuanag dengan seluruh kekuatan dan semangant rakyat dan jiwa raga kami. Dengan semangat kebangkitan rakyat yang mahukan kebebasan kami yakin mampu memerintah Libya tanpa sebarang campurtangan tentera asing".
Kolonel Muhamad bersetuju dengan saya apabila saya menegaskan kepada beliau bahawa apapun alasan yang diberikan oleh PBB atau Amerika Syarikat serta sekutunya bagi menghalalkan serangan ke atas Libya, hakikatnya mereka tetap mempunyai kepentingan strategik di Libya dan berusaha bagi menentukan masadepan dan kepimpinan Libya selepas kejatuhan Gaddafi. Beliau serta pegawai yang lain mengangguk-nggukkan kepada tanda bersetuju apabila saya menyatakan kepada mereka bahawa campurtangan kuasa asing itu pada hakikatnya bukan secara mutlak mahu membantu serta menyelamatkan rakyat awan Libya tetapi ianya tidak lebih daripada mahu menguasai minyak serta terus bertapak menjaga serta mengawal kepentingan strategik Libya.
Ya, inilah realiti masyarakat antarabangsa yang dikatakan bermati-matian mempertahankan hak asasi manusia, demokrasi dan perundangan antarabangsa. Mereka sepatutnya telah lama memberikan tekanan kepada kepimpinan Gaddafi dari terus menyerang dan membunuh orang-orang awam. Sejak sekian lama Gaddafi di lindungi dan di sanjung oleh Barat walaupun beliau bertindak membunuh dan memenjara ribuan rakyat Libya. Bagi Barat tidak wujud istilah hak asasi dan kebebasan apabila mereka mempunyai kepentingan hasil minyak dan kekayaaan hasil bumi yang Libya miliki.
Dunia Barat tidak wajar mengamalkan sikap double standard dalam mencadangkan penyelesaian kepada kemelut di Libya. Tidak ada pilihan yang lain. Gaddafi mesti ditumbangkan segera bagi menyelamatkan ribuan nyawa rakyat awam Libya yang tidak berdosa. Rakyat Libya mahukan hak dan keadilan. Mereka mahukan suara dan maruah mereka di hormati. Mereka juga mahukan demokrasi tertegak di Libya bagi rakyat menentukan masadepan kepimpinan negara secara adil dan telus. Mereka bangkit dengan suara dan keberanian mereka dan bukannya dengan senjata dan kekejaman. Yang penting maruah rakyat Libya di kembalikan setelah berpuluh tahun di zalimi di bawah kekejaman pemerintahan Gaddafi.
Saya meninggalkan kota Benghazi kurang 12 jam berada di sana atas faktor keselamatan yang amat tidak menentu. Hanya iringan airmata, doa dan munajat yang boleh diberikan kepada rakyat Libya. Sesungguhnya ‘kebangkitan rakyat’ tidak mungkin mampu di sekat oleh mana-mana kuasa lagi. Mereka hanya mahukan hak serta maruah mereka di kembalikan. Sama-sama kita doakan kejayaan rakyat Libya bagi membebaskan negara mereka dari kekejaman pemerintahan
Oleh Dr Syed Azman Syed Ahmad
No comments:
Post a Comment