Friday, June 24, 2011

Polis Harus Bertindak Terhadap Provokasi PERKASA

Oleh Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

PAS melahirkan kekesalan kerana pihak Polis membiarkan Presiden PERKASA membuat pelbagai kenyataan yg nyata boleh mengancam keselamatan awam dan mencetuskan kemarahan rakyat. Tindakan pihak polis seolah-olah negara ini tiada undang-undang dan ada badan NGO yg mengatasi undang-undang sehingga pelbagai kenyataan yg terang terangan bersifat provokasi dikeluarkan dengan bebas.

Pihak Polis mahu menghalang perhimpunan yg akan diadakan, semara-mata bagi menghalang perhimpunan BERSIH 02. Himpunan BERSIH mempunyai matlamat yg baik bagi mendesak satu sistem piihanraya yg adi dan bersih. Himpunan yg jelas dengan objektif dan matlamat demi kebaikan negara. Kerana sebarang penyelewengan dalam PRU akan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat, dan isu ini kalau tidak iatasi segera akan membawa kepada pemberontakan dalaman rakyat.

PAS menilih jalan demokrasi bersama pakatan Rakyat lain, kerana yakin sistem ini mampu menjamin keadilan dan hak rakyat. Namun bilamana pelbagai salahguna mula dilakukan oleh pihak SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara serta penyalahgunaan Media secara berleluasa, maka penyelewengan ini mesti diperbetulkan.


PAS akan mengadakan dialog dan perundingan dengan pihak SPR sebelum mengadakan Perhimpunan BERSIH. Pertemuan ini sangat penting bagi memastikan tuntutan BERSIH dapat dipenuhi, dan pihak Kerajaan perlu faham kenapa rakyat membantah SPR. Dialog dan Pertemuan demi pertemuan yang diadakan membuktikan PAS bukanlah sabuah parti yang suka mencetuskan suasana gawat dengan demonstrasi, tetapi ianya jalan keluar bagi memperlihatkan kepada pihak kerajaan betapa seriusnya kemarahan rakyat kepada ketidakadilan sistem yang sedang berjalan kini.

Tindakan Jabatan Pendaftaran Negara mengeluarkan Kad Pengenalan kepada warga asing di Selangor, Kedah dan Kelantan sebagaimana yg dilaporkan kepada pihak polis bukan isu kecil, yang boleh dipandang sebelah mata. Begitu juga isu pendaftaran pengundi baru yang sangat luar biasa di Selangor, Kedah dan Pahang talah menimbulkan pelbagai bantahan rakyat. Semua ini memperlihatkan seolah-olah SPR dan Jabatan Pendaftaran negara mempunyai konspirasi bersama UMNO/BN bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Sehubungan itu PAS ingin melihat sesuatu tindakan ke atas PERKASA dapat dilakukan bagi mengelak satu provokasi menjelang BERSIH 02 dapat dielakkan.



Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat

Wednesday, June 22, 2011

Pelantikan tiada unsur lobi


SHAH ALAM - Barisan kepimpinan Pas Selangor bagi sesi 2011-2013 adalah gabungan pemimpin mempunyai kelebihan tersendiri dan bukannya dipilih kerana wujudnya unsur melobi.


Pesuruhjaya Pas yang baru, Dr Abdul Rani Osman berkata, barisan pemimpin tersebut dipilih berdasarkan sumbangan besar kepada parti.


“Tidak timbul soal saya tidak berkenan dengan sesiapa, tetapi tiada seorang pun yang berkempen untuk jawatan yang dikehendaki.



“Yang dilantik ada kemahiran dan mampu memberi sumbangan, kita akan manfaatkan kemahiran mereka untuk parti,” katanya pada satu sidang media, semalam



Menurutnya, barisan baru itu terdiri daripada kombinasi golongan ulama, profesional baru dan lama yang mempunyai kemahiran masing-masing dalam usaha Pas menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.



Beliau berkata, pemilihan ini bukan mengikut kehendak beliau, tetapi sebulat suara yang menerima cadangan daripada setiap Yang Dipertua Pas kawasan.


“Pentingnya Badan Perhubungan Pas yang baru ini adalah kombinasi ulama,profesional yang baru dan lama. Mereka ini dipilih kerana mereka orang yang mudah bekerjasama.



“Saya pilih mengikut cara Kelantan iaitu saya hubungi YDP setiap kawasan di mana mereka memberi pendapat setiap kebaikan dan keburukan calon yang dipilih,” katanya.



Dr Rani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru berkata, pengumuman barisan baru Badan Perhubungan Pas Negeri itu dibuat selepas persetujuan dicapai pada mesyuarat pertama, malam kelmarin.



Barisan baru itu menyaksikan kemasukan semula Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.



Dr Rani berkata, pihaknya telah membuat keputusan sebulat suara untuk melantik Khalid sebagai Timbalan Pesuruhjaya III dan Saari sebagai Ketua Penerangan Pas Selangor.



Sebelum ini, kedua-dua pemimpin tersebut pernah digugurkan pada dari barisan kepimpinan Pas Selangor, sesi 2008-2010 oleh Pesuruhjaya Pas Negeri ketika itu, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.



Sementara itu, bagi jawatan yang lain, Pas Selangor memutuskan untuk mengekalkan ADUN Chempaka, Iskandar Abd Samad dengan dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, menggantikan Dr Osman Sabran.



Manakala, Pesuruhjaya II pula, dipegang oleh Sallehen Mukhyi bagi menggantikan Iskandar yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan.



Pas Selangor juga memutuskan untuk membawa semula Dr Hasan yang sebelum ini digugurkan sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri, dengan melantik beliau sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Negeri.



Selain itu, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan yang juga ADUN Selat Klang, Dr Halimah Ali turut dilantik sebagai AJK Pas Negeri.

Tuesday, June 21, 2011

Kabinet Baru Pas Selangor 2011




Tuan Haji Mohamad Abdul Rahman (mantan YDP PAS Selayang) yang juga Penyelaras DUN Tmn Templer telah dilantik sebagai Ahli Badan Perhubungan Negeri oleh PJ Selangor yang baru.





Kabinet Baru PAS Selangor adalah spt berikut:

PJ: DR Rani
TPJ 1: YB Iskandar
TPJ 2: Ust Solehen Muhyi
TPJ 3: YB Khalid Samad
S/U: Khairudin
Ketua Penerangan : Pak Abu
Bendahari: Hj Ihzam (YDP Kelana Jaya)
Pengarah JPN: Cikgu Jaafar

Ahli yg dilantik:
1. YB Dato Hassan
2. Sanny
3. Norhalim
4. Hj Mohamad
5. YB Dr. Halimah
6. Ustzh Mariam
7. Noraini Husin

Takbir!!!

Monday, June 13, 2011



Program berjumpa pengundi pada 19 Jun 2011 di UPU Bukit Idaman dan Taman Bidara.

SEPULUH SEBAB KENAPA BUKAN ISLAM SOKONG PAS.

1) Negara Malaysia akan dapat hayati Kemurnian Agama Islam kepada seluruh bangsa Malaysia.

2) Negara Malaysia akan dapat satu penyelesaian dalam masalah sosial.

3) Negara Malaysia akan dapat menghayati Kerajaan yang bebas dari rasuah.

4) Jenayah akan di hapuskan melalui Hukum Hakam Hudud.

5) PAS akan mengamalkan Keadilan kepada Rakyat.

6) Kerajaan PAS akan amalkan PRU yang bersih.

7) Kerajaan PAS akan amalkan Hak Asasi perkemanusiaan.

8) Kerajaan PAS akan memberi keutamaan kepada Rakyat.

9) Kerajaan PAS akan menjaga Alam Sekithar dan hak Pengguna.

10) PAS akan amalkan Kerajaan seperti Kerajaan madina yang telah diperintah oleh Nabi Muhammad.

Sepuluh sebab kenapa Rakyat Bukan Islam sokong PAS untuk memerintah Malaysia.
"


by anthony dass