Monday, May 30, 2011

Bir halal?

JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.
“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

Gerak Gempur PRU13 JPrD Tmn Templer

Salam kepada semua,

Telah berlangsung satu program oleh JPrD Tmn Templer bersama JPrN Selangor menziarah beberapa Daerah Mengundi di DUN Tmn Templer pada pagi Ahad 29 Mei 2011 di Selayang Utama memfokuskan kepada Semakan Daftar Pemilih utk pengundi-pengundi. Hampir 100 orang terlibat melibatkan petugas-petugas dari PAS, PKR, DAP dan Ahli Majlis MPS.

Terimakasih semua... dari JPrD Tmn Templer...

Berikut sebahagian dari foto-foto yang sempat dirakamkan......


Banner Rasmi JPrD Tmn Templer.....



Taklimat kepada petugas sebelum bermula gerakgempur.....



Ahli Parlimen Selayang, YB William Leong turut hadir.....


Penyelaras Dun Tmn Templer bersama petugas.....



Final check.....



Pengarah JPrD Tmn Templer sdg memberi taklimat.....



Petugas sedang bersiap dgn risalah-risalah.....



Antara petugas-petugas.....

"Perjuangan Yang Belum Selesai"

Ceramah PAS Ganti Umno

Salam kepada semua, maaf templerkini "tersenyap sekejap" buat sementara waktu sebab sibuk dgn program-program JPrD dan Kwsn.

Untuk tatapan pengunjung, dipaparkan foto-foto ketika Ceramah Perdana PAS Ganti Umno oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz di Kg Setia Kundang pada Jumaat 27 Mei 2011.




Mantan Ketua Cwg UMNO bersama Tok Guru......



Sebahagian mereka yang hadir mendengar ceramah..........



Penyelaras DUN Tmn Templer .......... antara individu yang
bertanggungjawab mencetus perpindahan hampir
120 orang Umno 'balik asal' ke PAS....



Mantan Ketua Pemuda Umno Cwgn Rahmat Jaya.......



Barisan pimpinan di pentas utama..........

Tuesday, May 24, 2011

AmResearch: RON95 dijangka naik 20 sen bulan depan

Harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika, demikian menurut AmResearch. Firma penyelidikan pelaburan itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. RON97 sudah naik empat kali tahun ini termasuk awal bulan ini untuk dijual RM2.90 seliter sekarang.

Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka dibuat sekali lagi bulan depan.

Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.

Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya, kata beliau, subsidi akan bertambah daripada RM10.3 bilion kepada RM17 bilion.

AmResearch juga berkata, subsidi petrol akan menyebabkan defisit fiskal kerajaan meningkat sehingga enam peratus berbanding 5.4 peratus jika RON95 kekal dengan harga semasa RM1.90 seliter sepanjang tahun ini.

“Kesemua faktor menunjukkan ke arah kenaikan harga RON95,” kata firma itu sambil menambah, dengan mengambil kira kenaikan berterusan harga global bagi minyak mentah dan kemungkinan naik lagi pada masa depan, kerajaan kini tersepit antara mengamalkan urus tadbir fiskal seimbang dan keperluan menggambarkan ia mengambil berat tentang kebajikan rakyat.

Justeru, AmResearch berkata kerajaan boleh memberi rebat dan menyusun semula skim saraan sektor awam untuk membantu kumpulan berpendapatan rendah, yang dihimpit dengan beban pemotongan subsidi.

Firma itu juga menambah, ia menjangkakan bahawa kadar inflasi akan naik mendadak ke arah empat peratus dalam waktu terdekat susulan pusingan pertama impak potongan subsidi ke atas makanan, pengangkutan dan tenaga.

“Secara purata, inflasi tahun ini mungkin melepasi kadar 3.5 peratus yang telah diramalkan sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun katanya, ia akan masih rendah berbanding 8.5 peratus, paling tinggi dalam 25 tahun, yang dialami pada Julai dan Ogos 2008.

sumber themalaysianinsider

CERAMAH PERDANA NIK AZIZ










Semua dijemput hadir..................

Monday, May 23, 2011

Sambutan Hari Ibu 2011

Dah lama tak update blog, kita mulakan dgn hari Ibu anjuran Helwa Tmn Templer pada Ahad 15 Mei 2011 di Selayang Baru...





Monday, May 16, 2011

Rakyat Diminta Bersedia Kemungkinan Harga RON95 Naik




PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) - Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

“Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.

Ismail Sabri berkata kenyataan tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Sumber: www.bernama.com.my