Sunday, July 10, 2011

Nik Aziz Berkata

Tentangan dan penindasan ini hanyalah tanda perjuangan keadilan akan berjaya. Umpama layang-layang yang tidak akan terbang melainkan dengan melawan angin, begitu juga dengan perjuangan, tidak akan berjaya melainkan dengan menghadapi tentangan!

Tuesday, July 5, 2011

Update dari Flotilla II

'Tunggu kata putus kapten'
Oleh Syed Azwan Syed Ali dari Athens
04/07/2011

Description: SEBAHAGIAN aktivis yang menginap di atas kapal Stefano Chiarini sementara menunggu kebenaran belayar di Greece, kelmarin.

SEBAHAGIAN aktivis yang menginap di atas kapal Stefano Chiarini sementara menunggu kebenaran belayar di Greece, kelmarin.

Kebenaran belayar belum diterima


CORFU (Greece): Puluhan aktivis kemanusiaan Freedom Flotilla II yang akan menaiki kapal penumpang, Stefano Chiarini, masih menunggu kata putus daripada kapten kapal yang dijangka menerima lampu hijau daripada pihak berkuasa pelabuhan tempatan dalam masa terdekat.

Kapal penumpang mempunyai 100 kapasiti itu terus dikawal oleh aktivis kemanusiaan, termasuk 10 sukarelawan Malaysia, malah bilangan aktivis yang menginap di atas Stefano Chiarini semakin meningkat.

Majoriti aktivis flotilla itu dari Itali, Belanda, Malaysia, Ireland, Austria, Australia dan Bosnia mengambil keputusan menunggu, selepas kapten memaklumkan urusan dokumentasi berkaitan dijangka selesai hari ini atau esok ketika sebilangan aktivis terutama wakil media bertolak pulang sejak kelmarin.

Ketua misi Malaysia yang juga Pengerusi Lifeline4 Gaza, Dr Noorazman Mohd Samsuddin, berkata pasukan Malaysia akan meneruskan pelayaran ke Gaza jika kapten kapal menerima kelulusan dari pihak berkuasa pelabuhan tempatan.

“Misi masih belum selesai. kapten memberi jaminan akan meneruskan pelayaran jika dokumentasi berkaitan selesai dan kita masih mempunyai harapan. Itali, Belanda, Ireland dan Malaysia yang mempunyai ramai aktivis membuat keputusan untuk menunggu kata putus kapten kapal,” katanya kepada Berita Harian sebelum ke kawasan pelabuhan Corfu di sini.

Sekurang-kurangnya dua kapal flotilla dari Ireland dan Sweeden disabotaj manakala dua lagi kapal flotilla dari Amerika Syarikat dan Kanada ditahan pihak berkuasa pelabuhan dengan selebihnya masih belum diketahui kedudukannya.
Ini menjadikan Stefano Chiarini yang dibiayai badan bukan kerajaan Switzerland, Itali, Belanda, Jerman dan Malaysia, antara tiga kapal flotilla yang mempunyai harapan meneruskan pelayaran ke Gaza selain kapal flotilla dari Sepanyol dan Perancis yang berada di lautan.

Aktivis Austria, Fernando Romero Forsthuber, 27, berkata beliau tidak dapat menerima keputusan kerajaan Greek mengeluarkan arahan menghalang kapal flotilla belayar ke Gaza.

“Mereka tidak perlu tunduk kepada tekanan ini kerana flotilla tidak membawa pengganas atau senjata seperti didakwa. The Audicity of Hope (kapal flotilla Amerika) misalnya hanya membawa 3,000 surat kepada rakyat Palestin, adakah itu yang mereka takutkan sangat, hanyalah surat,” katanya.

Difahamkan lebih 10 Ahli Parlimen yang menyertai flotilla itu, termasuk Ahli Parlimen Kesatuan Eropah, Paul Murphy dan Ahli Parlimen Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang akan menaiki Stefano Chiarini akan mengeluarkan deklarasi bersama selain protes bantahan aman diadakan di atas kapal penumpang itu, kelmarin.

Friday, July 1, 2011

Kematian Tragis

Satu pembunuhan selepas rompakan di Kg Pelanduk, Daerah Kecil Sadong Jaya, Kota Samarahan Kuching telah berlaku 2 hari lepas.

Yang menyedihkan, mangsa merupakan bapa kepada seorang ahli dan petugas PAS di situ yang terlibat semasa Pilihanraya Sarawak bersama-sama PAS Selangor ( Dun Templer).

Tabung akan dilancarkan oleh Penyelaras DUN bagi meringankan kesedihan beliau.

AlFatihah.......