Friday, May 25, 2012
K-Pop punca kuliah Ustaz Azhar Idrus dibatal - Apa sudah jadi dengan Malaysia Negraku ini???
(Ini buktinya)
Semua orang tau yang kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus di PICC yang dijadualkan pada 26 Mei ini telah dibatalkan, dan lokasinya telah berpindah ke Masjid As-Salam, Puchong Perdana.
Aku pernah bangkitkan hal ini secara loose tak lama dulu.
Difahamkan Setiausaha Politik Najib, Dato Jailani Ngah telah meminta menghubungi JAKIM agar membatalkan kuliah tersebut. Antara alasan yang diberikan adalah kuliah itu akan berlangsung serentak dengan sambutan Himpunan Belia Negara anjuran BN juga di Putrajaya. Kononnya dikhuatiri akan berlaku pertembungan program dan kesesakan lalulintas yang teruk di Putrajaya.
Come on la - Putrajaya ni jalannya kecik macam KL ke? Putrajaya ni padat macam KL ke? Putrajayalah satu2nya bandar yang aku rasa aku berani baring atas jalanrayanya tanpa risau untuk dilanggar. Punyalah lengang Putrajaya ni. Lagipun, PICC terletak agak jauh daripada pusat sambutan Himpunan Belia itu dan tidak ada sebab untuk merisaukan kesesakan lalulintas!
Apakah pihak penganjur yakni BN takut kurangnya sambutan terhadap Himpunan Belia itu lantaran semua belia tertumpu ke Azhar Idrus? Come on - bukankah baik sekiranya para belia kita mendekati agama dan guru2 agama? Mengapa perlu dianggap kuliah2 agama sebegini sebagai ancaman?
Sekian lama belia2 kita disogokkan dengan hiburan dan karnival yang melalaikan. Bukankan molek sekiranya belia2 dan remaja2 ini dicambahkan dengan nur Islami?
Tetapi, yang menyedihkan ialah kerajaan BN lebih mengutamakan konsert K Pop berbanding kuliah Ustaz Azhar. Pada malam 26 Mei itu, rupanya penganjur Himpunan Belia telah menyediakan satu tentatif program persembahan konsert dari sebuah kumpulal K Pop yang terdiri dari sekumpulan anak2 gadis korea yang seksi meksi. Jadi, secara asasnya kerajaan BN yang menganjurkan Himpunan ini lebih mengutamakan "pengisian" artis K Pop korea yang seksi itu berbanding pengisian agama oleh Ustaz Azhar Idrus.
Inikah kerajaan yang kononnya mendakwa depa menegakkan Islam?
Aku tau, akan ada puak UMNO kutuk hal ni dengan kata "Ustaz Azhar tak berceramah agama, tapi dok kutuk mengutuk dan cerita politik". Sapa yang dok kata begitu, dia adalah BODOH dan jahil. Pernahkah korg pergi mana2 ceramah Ustaz Azhar? Lihat tak selautan manusia yang membanjiri mana sahaja lokasi Ustaz Azhar dan ini termasuklah mat rempit, kutu lepak, kaki rayau dan pelbagai lagi golongan yang dianggap sampah masyarakat? Apakah dalam setiap kuliahnya, pengisian utama Ustaz Azhar adalah mengutuk UMNO BN, caci maki suka suki dan sebagainya?
Tolong jangan jadi bodoh.
Apakah kononnya "kutuk mengutuk" dan "cerita politik" itu boleh dijadikan dalil untuk lebih menghalalkan konsert K Pop itu? Sila jawab dengan akal yang dipandu iman bukannya dipandu punggung para veteran tentera.
Wahai para mufti, wahai para ulama muda UMNO, wahai Hasan Ali - MANAKAH KORANG????
--------------------------------------------------------
Sumber http://al-hajari.blogspot.com/2012/05/k-pop-punca-kuliah-ustaz-azhar-idrus.html
— with Pengundi Pas Kedah, Ustazthrash Mujahid, Sam Presiden and 22 others.
S’gor beri RM50 sebulan untuk pelajar tadika miskin
Pemberian itu bakal melibatkan 3,000 kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun yang berasal daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM1500 di seluruh negeri dan akan berkuatkuasa mulai 1 Julai ini.
Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali (gambar) skim itu akan menggunakan geran Selangorku berjumlah RM1,016,600 untuk tahun 2012 dan akan diperuntukkan sebanyak RM3 Juta dalam bajet tahunan untuk tahun 2013.
"Ini termasuk dalam fasa ke empat dasar MES (Merakyatkan Ekonomi Selangor) di mana hasil mahsul negeri dikongsi bersama rakyat bagi mengurangkan beban rakyat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya lagi, isentif terbaru itu adalah kesinambungan kepada usaha kerajaan negeri menyediakan bantuan pendidikan sepeti yang telah diperkenal sebelum ini termasuk program tuisyen rakyat Selangor (PTRS) , hadiah RM1000 masuk universiti, serta program pembangunan insan SPIES.
Menurutnya lagi, skim tersebut akan dikendalikan oleh anak syarikat kerajaan Selangor, Rantaian Mesra Sdn Bhd yang akan dipantau oleh Majlis Permuafakatan Tadika Selangor di bawah kelolaan beliau sendiri.
Sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10542-sgor-beri-rm50-sebulan-pelajar-tadika-miskin
Friday, March 23, 2012
Friday, February 10, 2012
Selangor bantu baik pulih bumbung dipukul ribut
KUALA LUMPUR, 10 Feb: Kerajaan Negeri Selangor akan membantu penduduk pangsapuri-pangsapuri Bukit Subang membaikpulih bumbung kediaman mereka yang rosak akibat ribut.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri, Iskandar A. Samad berkata, kerja tersebut akan dilaksanakan di bawah Program Baikpulih Negeri Berkebajikan atau Ceria.
Katanya, di bawah skim perkongsian kos Ceria, kerajaan negeri akan menanggung 80 peratus kos baikpulih dan penduduk 20 peratus bagi rumah kos rendah.
“Sementara untuk rumah kos sederhana, kerajaan negeri akan menanggung 60 peratus dan penduduk 40 peratus, bahagian penduduk pula boleh dibayar secara ansuran,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, anggaran awal kos baikpulih iaitu sebanyak RM480,000 telah disiapkan oleh Pejabat Daerah Petaling.
Katanya lagi, kos dan skop kerja terperinci pula akan disiapkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) agar kontraktor-kontraktor untuk kerja baik pulih tersebut dapat dilantik.
“Tetapi buat masa ini MBSA sedang melakukan pemeriksaan untuk menentukan sama ada pangsapuri yang terlibat selamat untuk didiami,” ujarnya yang juga Adun Cempaka.
Katanya, kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan oleh MBSA dan Bomba untuk memastikan pangsapuri-pangsapuri itu selamat. “Adalah diharapkan penduduk di tingkat 1 hingga 4 dapat berpindah balik ke kediaman mereka dan tidak perlu lagi tinggal di dalam dewan,” ujarnya.
Sementara itu, jelasnya MBSA akan mendapatkan rumah sewa sementara untuk penduduk di tingkat 5 sehingga kerja membaikpulih siap.
Pada kejadian kira-kira jam 3.30 petang Selasa lepas, ribut menerbangkan bumbung 120 unit rumah di Pangsapuri Teratai, Seksyen 16, Bukit Subang.
Sembilan unit rumah di blok satu dan dua mengalami rosak teruk ketika kejadian manakala selebihnya hanya mengalami kerosakan kecil tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri.
PAS Kelantan imbau kembali dekad suram 1978
KOTA BHARU, 10 Feb:Julung kali dalam sejarah, PAS Kelantan mengadakan seminar tiga dekad bagi mengimbau kembali sejarah panjang sehingga mampu bangkit semula selepas melalui zaman suram pada 1978.
Pondok Pasir Tumbuh merupakan institusi pengajian pondok tradisional terbesar di Kelantan menjadi lokasi seminar tersebut.
Orang ramai mulai memenuhi persekitaran pondok sejak pagi lagi. Jalan menghala ke pondok tersebut mulai sendat kira-kira 8 pagi sehingga anggota Unit Amal terpaksa bekerja keras.
Ketibaan Pesuruhjaya PAS negeri, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 9 pagi dengan menaiki beca sejauh kira-kira 300 meter ke Pondok Pasir Tumbuh, ketika orang ramai mulai memenuhi masjid tiga tingkat yang tersergam indah.
Timbalan Pesuruhjaya I, Ustaz Ahmad Yakob berkata, kebangkitan PAS Kelantan sebenarnya bermula di Pondok Pasir Tumbuh sehingga mencapai tahap cemerlang hari ini.
“Pengalaman yang kita lalui dalam perjuangan ini penuh berliku. Akhirnya kita merasakan bahawa penglibatan dalam perjuangan Islam bersama PAS merupakan satu nikmat dan indah dalam hidup kita,” katanya pada ucapan aluan.
Menurutnya juga program-program penerangan diadakan sejak awal lagi bagi membolehkan orang ramai faham mengenai perjuangan PAS, di mana ia bermula di madrasah dan surau-surau.
Kata beliau umat Islam pada akhir zaman ini meneruskan risalah yang dirintis ulama terdahulu sehingga Kelantan berjaya dikuasai PAS pada 1959 dan berterusan sehingga sekarang.
Bagaimanapun kata beliau sejarahnya begitu gentir sehingga ramai keluarga ulama dan pejuang dikenakan tahanan di bawah ISA pada 1960-an.
“Ulama-ulama kita ditahan tanpa bicara di Kemunting kerana mereka mempertahankan perjuangan Islam,” ujarnya.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Zulkefli Mamat berkata, orang ramai yang hadir pada seminar hari ini boleh mengambil kesempatan melawat pondok-pondok yang terdapat di sini untuk melihat lebih dekat kehidupan harian mereka.
Katanya juga hasil sokongan semua pihak membolehkan kita mengadakan seminar bagi mengingatkan kembali sejarah jatuh bangun PAS di Kelantan.
sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/8007-pas-kelantan-imbau-kembali-dekad-suram-1978