Monday, August 22, 2011
GerakGempur ke 4 BBS Selatan
Sunday, August 14, 2011
Program Gelombang Hijau Dun Templer
14 Ogos 2011 telah berlangsung Program Konvoi Ramadan Kembara Gelombang Hijau oleh PAS Selangor dan di peringkat DUN Tmn Templer dilaksanakan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Selayang diketuai oleh Hj Faahkaruddin. Sumbangan Hari Raya telah disampaikan kepada golongan yang memerlukan dan edaran SelangorKini dan Selangor Times serta Buku Jingga oleh konvoi di Selayang Mall dan Mydin Selayang.
Cuaca panas.......Tahniah kepada semua.
Berikut rakaman foto-foto program tersebut.
Wednesday, August 3, 2011
PAS: 1,100 PR dalam daftar pengundi S'gor

Selepas mengenalpasti kehadiran orang asing dalam senarai pemilih yang yang pengundi di Selangor, badan pemantau pilihan raya Pemuda PAS negeri itu, menggesa ahli di negeri-negeri lain supaya meneliti daftar tambahan pengundi yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya itu (EC) di kawasan masing-masing.
"Di Selangor ada lebih kurang 1,100 nama penduduk tetap (PR) ini sedang dibantah oleh pihak PAS negeri dan PAS negeri-negeri lain juga diharapkan dapat meneruskan bantahan yang serupa," kata pengarah jabatan pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzah.
Semalam, PAS Wilayah Persekutuan mendakwa telah mengesan 52 kes penduduk tetap disenarai sebagai pengundi apabila mengemukakan bantahan kepada SPR Wilayah Persekutuan.
sumber:Malaysiakini
Monday, August 1, 2011
Asri Kuang meninggal dunia
SELAYANG, 31 Julai: Aktivis PAS Selayang, Asri Ahmad, 31 tahun, meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang petang ini di Hospital Selayang. Beliau meninggalkan seorang isteri dan dua anak yang masih kecil. PAS dan Pakatan Rakyat Selayang kehilangan seorang aktivis yang komited dengan perginya Asri. Janazah beliau disolatkan di Masjid Islahiah, Kuang selepas solat Asar. Asri antara tahanan awal kes Bersih 2.0 sedang dalam proses perbicaraan selepas ditahan polis kerana memiliki beberapa helai baju Bersih dengan dakwaan mengedarkan baju pertubuhan yang diharamkan. Beliau telah didakwa di mahkamah dan dibebaskan dengan ikat jamin. |
Sunday, July 10, 2011
Nik Aziz Berkata
Tuesday, July 5, 2011
Update dari Flotilla II
'Tunggu kata putus kapten'
Oleh Syed Azwan Syed Ali dari Athens
04/07/2011
SEBAHAGIAN aktivis yang menginap di atas kapal Stefano Chiarini sementara menunggu kebenaran belayar di Greece, kelmarin.
Kebenaran belayar belum diterima
CORFU (Greece): Puluhan aktivis kemanusiaan Freedom Flotilla II yang akan menaiki kapal penumpang, Stefano Chiarini, masih menunggu kata putus daripada kapten kapal yang dijangka menerima lampu hijau daripada pihak berkuasa pelabuhan tempatan dalam masa terdekat.
Kapal penumpang mempunyai 100 kapasiti itu terus dikawal oleh aktivis kemanusiaan, termasuk 10 sukarelawan Malaysia, malah bilangan aktivis yang menginap di atas Stefano Chiarini semakin meningkat.
Ketua misi Malaysia yang juga Pengerusi Lifeline4 Gaza, Dr Noorazman Mohd Samsuddin, berkata pasukan Malaysia akan meneruskan pelayaran ke Gaza jika kapten kapal menerima kelulusan dari pihak berkuasa pelabuhan tempatan.
“Misi masih belum selesai. kapten memberi jaminan akan meneruskan pelayaran jika dokumentasi berkaitan selesai dan kita masih mempunyai harapan. Itali, Belanda, Ireland dan Malaysia yang mempunyai ramai aktivis membuat keputusan untuk menunggu kata putus kapten kapal,” katanya kepada Berita Harian sebelum ke kawasan pelabuhan Corfu di sini.
Sekurang-kurangnya dua kapal flotilla dari Ireland dan Sweeden disabotaj manakala dua lagi kapal flotilla dari Amerika Syarikat dan Kanada ditahan pihak berkuasa pelabuhan dengan selebihnya masih belum diketahui kedudukannya.
Ini menjadikan Stefano Chiarini yang dibiayai badan bukan kerajaan Switzerland, Itali, Belanda, Jerman dan Malaysia, antara tiga kapal flotilla yang mempunyai harapan meneruskan pelayaran ke Gaza selain kapal flotilla dari Sepanyol dan Perancis yang berada di lautan.
Aktivis Austria, Fernando Romero Forsthuber, 27, berkata beliau tidak dapat menerima keputusan kerajaan Greek mengeluarkan arahan menghalang kapal flotilla belayar ke Gaza.
“Mereka tidak perlu tunduk kepada tekanan ini kerana flotilla tidak membawa pengganas atau senjata seperti didakwa. The Audicity of Hope (kapal flotilla Amerika) misalnya hanya membawa 3,000 surat kepada rakyat Palestin, adakah itu yang mereka takutkan sangat, hanyalah surat,” katanya.
Difahamkan lebih 10 Ahli Parlimen yang menyertai flotilla itu, termasuk Ahli Parlimen Kesatuan Eropah, Paul Murphy dan Ahli Parlimen Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang akan menaiki Stefano Chiarini akan mengeluarkan deklarasi bersama selain protes bantahan aman diadakan di atas kapal penumpang itu, kelmarin.
Friday, July 1, 2011
Kematian Tragis
Yang menyedihkan, mangsa merupakan bapa kepada seorang ahli dan petugas PAS di situ yang terlibat semasa Pilihanraya Sarawak bersama-sama PAS Selangor ( Dun Templer).
Tabung akan dilancarkan oleh Penyelaras DUN bagi meringankan kesedihan beliau.
AlFatihah.......